Peringatan : Ulasan ini berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan Samsung Galaxy Mini S5570. Sebahagian maklumat yang disampaikan mungkin tidak sesuai digunakan sebagai rujukan pembaca. Anda digalakkan merujuk kepada pengeluar dan pembekal untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan terkini berkenaan telefon ini. Penulis tidak akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kegagalan, kecuaian dan kesilapan yang dilakukan oleh pemilik telefon bimbit tersebut. Sekiranya ada sebarang pendapat dan cadangan, sila tinggalkan komen untuk dikongsi bersama. Terima kasih.
Dengan dunia informasi tanpa sempadan, kita juga tidak terlepas untuk mengikuti peredaran zaman ini. Kemajuan teknologi yang ada memudahkan kita mencapai sesuatu yang diperlukan dengan menggunakan hujung jari untuk berhubung satu sama lain.
Malangnya tidak semua memiliki perkakas yang lebih canggih. Harga pasaran yang tinggi menyebabkan hanya segelintir sahaja dapat memiliki teknologi tersebut. Namun Samsung merintis jalan untuk menyediakan kemudahan ini dengan kos yang amat rendah tapi tinggi kualitinya. Hasilnya lahirlah Samsung Galaxy Mini S5570. Mula di pasaran seawal 2011, telefon ini mempunyai kelas tersendiri untuk mereka yang inginkan penjimatan tapi mementingkan perhubungan dan komunikasi.
Menggunakan perisian Android 2.2 (Froyo), sudah pasti tidak mengecewakan. Boleh dinaiktaraf kepada Android 2.3 (Gingerbread), Galaxy mini buatkan aku rasa cukup untuk setakat ini memiliki sebuah telefon pintar. Walaupun aku tidak pernah memiliki telefon pintar lain seperti I-Phone, perisian dan aplikasi yang ada memang cukup menarik dan mudah untuk dimiliki serta dimuat turun.
Rekabentuknya agak ringkas serta saiz skrin besar. Memang sesuai untuk orang yang mempunyai jari sederhana besar. Jangan risau pasal papan kekunci QWERTY jika belum bersedia untuk menggunakan. Pilihan untuk menggunakan papan kekunci 3 X 4 seperti yang terdapat pada telefon biasa juga disediakan.
Kualiti gambar juga memuaskan walaupun hanya 3.2 megapixel. Sudah memadai untuk kita hantar MMS, IM dan bersosial. Walaupun saiz memori yang diberikan hanya 180MB, kad memori berkapasiti 2GB juga diberikan untuk penyimpanan data yang lebih besar.
Disini aku ingin ringkaskan ulasan berkenaan Samsung Galaxy Mini S5570
Kelebihan

Saiz yang skrin besar (3.14 inci)
Harga yang murah (RM499-RM599 - beruntung siapa dapat cari harga serendah RM500 + original set, cuba semak di website Mudah.com.my)
Boleh di'upgrade' ke Android 2.3 (Gingerbread)
Penggunaan skrin sentuh (touch screen) sepenuhnya
Internal memori (180MB)
Sesuai untuk jari besar
Kemudahan GPS
Integrasi social network - Gmail, Facebook, Twitter, IM dan WhatApps.
Kekurangan
Sesetengah Apps tidak compatible seperti GARMIN
Jangka hayat bateri - Kurang dari 24 jam
RAM yang terhad - Apps yang tidak gunapakai terpaksa 'dibunuh' untuk mengelakkan kelembapan processor. Tidak boleh buka dan guna banyak Apps dalam satu masa.
Radio hanya berfungsi bila dipasang dengan audiojack
Tiada kemudahan untuk panggilan 3G. (Aku tidak kisah sangat sebab benda itu tidak jadi keperluan buat masa ini).
Bagaimana aku boleh dapat harga semurah itu?
Aku mencari melalui laman web Mudah - http://www.mudah.my/
Tidak menjadikan telefon sebagai platform hiburan. Itulah prinsip@pegangan aku dalam mencari sebuah telefon baru. Cukuplah sekadar MP3, Apps seperti Opera Mini, Wiki, Twitter, Blogger-droid dan Winamp untuk menghilangkan rasa bosan. Oleh yang demikian, aplikasi permainan tidak diperlukan oleh aku. Tidak berbaloi untuk aku habiskan berpuluh ringgit untuk minta penjual install apps yang mungkin tidak diperlukan. Jangan mimpi untuk dapat telefon semurah ini kalau fikir hendak sumbat macam-macam apps yang kadang-kadang agak sia-sia saja. Kalau mahu pakai apps yang diperlukan, cari sahaja dalam Android Market atau internet. Berlambak kita boleh cari sendiri.
Hiburan bukan matlamat utama, komunikasi dan perhubungan lebih penting.
Secara serius aku tekankan, kepuasan menggunakan telefon ini adalah bila kita manafaatkan sebaik untuk perhubungan. Meletakan keperluan di atas keinginan menjadikan Samsung Galaxy Mini yang aku miliki sudah cukup untuk berhubung dan berkomunikasi. Tidak perlu yang lebih canggih dan hebat kalau kita tidak gunakan sebaik mungkin. Tidak perlu menunjuk siapa lebih canggih, cantik dan lebih mahal.
Lagipun aku lebih selesa bermain game seperti FIFA di komputer. Puas dan menyeronokkan. Bukannya aku kaki gamers yang minat main di telefon.
Pesanan ringkas: Janganlah kita jadi Hamba kepada Teknologi, jadilah kita Pengguna yang Bijak.

2 comments:
blogger-droid tu apa?
blogger droid - apps yang kita boleh synchronized dengan android
Post a Comment