Thursday, June 19, 2008

GARU KEPALA PASAL KERETA...



"bapaku pulang dari kota;
bapaku belikan kereta;
kereta kecil warna merah;
boleh ku bawa ke sekolah...."

ingat x lagu ni, ni la intro tentang kereta yg baru aku pakai....pakai kancil je beb. berbulan gak2 aku idam nak pakai kereta. dari awal tahun2008 aku dh cadang nak pakai kereta. maklumlah masa tu baru tukar ofis....gaji pun sodap....huhuhu.....mula2 nak beli kereta proton iswara mak long aku punya...mak long aku setuju nak jual kat aku and discuss dgn abah aku. mula2 letak harga rm10000, pastu bila check dgn bank balik rupanya kereta dia ada harga lg biarpun luar nampak mcm 10 tahun dh pki. harga jd rm16000. garu kepala la aku masa tu....

pas x jadi ambil kereta mak long aku tu, pak uda (kiranya pak su) aku lak offer nak tolak kereta dia kat aku. kereta iswara aeroback model 2001 + make up. mula2 aku fikir ok gak. sebab dah make up, mcm nak ambil. tapi bila dia cakap soh sambung bayar lagi 4 tahun, garu kepala aku lagi. susah pasal aku x tau lagi apa akan jadi 4 tahun akan datang.

lepas iswara pak uda aku x jadi ambil. aku teringin nak pakai proton tiara. sebab harga murah (rm1000-rm3000). tapi x jadi ambil gak pasal spare part dia susah nak dapat (kan tiara berasaskan citroen). aku tukar angin nak pakai samada satria atau wira. aku soh abah tolong carikan. dia cakap siap la duit dulu. tapi dia pulak tukar angin.

dia tukar angin pasal dia nak pakai kereta baru. masa tu, kancil yang dia beli April 2004 dah nak habis bayar. dia cakap susah bila pakai kancil. masalahnya tak boleh bawa banyak orang. semua orang berhimpit2 dan aku seorang naik motor bila kampung. hahahaha......so dia cadang nk pakai samada Proton Saga baru atau Toyota Avanza. Setelah survey satu Bagan (Butterworth), akhirnya dalam awal bulan April 2008, abah aku pakai la Avanza 2nd hand (susah nak cari lagi wat masa ni). Maka, kancil bernombor PEC2499 secara rasmi di bawah jagaan aku.

Tapi aku garu kepala lagi, minyak naik harga....huhuhu....

dah lama aku menulis blog....

assalamualaikum.....hai untuk semua, terlebih dahulu aku nak minta maaf sbb aku dh lama
x tulis blog. last post bulan 2. bermakna, dekat 4 bulan aku menyepi. bukan merajuk, bukan membawa hati tapi dengan kerja aku. aku sibuk terkejar dgn projek - projek di ofis aku. tapi sekarang x banyak projek. maklumlah, 'pihak atas' terpaksa guna duit untuk benda yang lebih penting.

sepanjang peninggalan aku, byk benda terjadi dalam negara kita. yang aku nampak sekarang politik serta ekonomi. kita tgk ekonomi dulu. sekarang aku leh considered sebagai ambang musim inflasi. mula2 beras naik harga, lepas tu minyak bahan api naik harga. ekonomi x gawat, cuma x stabil serta alami kelembapan. tapi bila difikir balik,
baru kita sedar yg bahan makanan lebih penting dari bahan api. bayangkan, tiada guna kekayaan kalau tiada makanan. kalau tiada minyak pun, kita still leh bergerak lagi. ada
alternatif untuk pergerakan kita. andai kita tiada makanan, maknanya kebuluran la kita.

pasal politik, sejak pilihanraya mac 2008, politik pun x stabil. masalah dalaman, tuduh menuduh, tikam lidah, paksa sana sini. fuh, kononnya demokrasi la. kekadang aku
pun xtau yang mana nak sokong. benarlah pendapat sesetengah orang, politik ni boleh jadi jahat, boleh jadi baik. kita pun kekadang pun xtau bila masa kita ia baik, bila masa ia buruk. kekadang aku hilang kepercayaan terhadap politik. tapi aku sebagai rakyat MALAYSIA yang sayangkan negara berharap politik tanah air kita kembali stabil tanpa membelakangkan hak Raja kita serta hak rakyat. Tunaikanlah segala janji yang ditaburkan tanpa berdolak dalik kerana kuasa rakyat memberi peluang untuk berkhidmat.

sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda tak kira dari depan belakang, kiri serta kanan. aku minta maaf andai tersalah bahasa serta menyinggung perasaan anda. yang buruk khilaf datang dari kita, yang baik datang dari ALLAH swt.