assalamualaikum.....hai untuk semua, terlebih dahulu aku nak minta maaf sbb aku dh lama
x tulis blog. last post bulan 2. bermakna, dekat 4 bulan aku menyepi. bukan merajuk, bukan membawa hati tapi dengan kerja aku. aku sibuk terkejar dgn projek - projek di ofis aku. tapi sekarang x banyak projek. maklumlah, 'pihak atas' terpaksa guna duit untuk benda yang lebih penting.
sepanjang peninggalan aku, byk benda terjadi dalam negara kita. yang aku nampak sekarang politik serta ekonomi. kita tgk ekonomi dulu. sekarang aku leh considered sebagai ambang musim inflasi. mula2 beras naik harga, lepas tu minyak bahan api naik harga. ekonomi x gawat, cuma x stabil serta alami kelembapan. tapi bila difikir balik,
baru kita sedar yg bahan makanan lebih penting dari bahan api. bayangkan, tiada guna kekayaan kalau tiada makanan. kalau tiada minyak pun, kita still leh bergerak lagi. ada
alternatif untuk pergerakan kita. andai kita tiada makanan, maknanya kebuluran la kita.
pasal politik, sejak pilihanraya mac 2008, politik pun x stabil. masalah dalaman, tuduh menuduh, tikam lidah, paksa sana sini. fuh, kononnya demokrasi la. kekadang aku
pun xtau yang mana nak sokong. benarlah pendapat sesetengah orang, politik ni boleh jadi jahat, boleh jadi baik. kita pun kekadang pun xtau bila masa kita ia baik, bila masa ia buruk. kekadang aku hilang kepercayaan terhadap politik. tapi aku sebagai rakyat MALAYSIA yang sayangkan negara berharap politik tanah air kita kembali stabil tanpa membelakangkan hak Raja kita serta hak rakyat. Tunaikanlah segala janji yang ditaburkan tanpa berdolak dalik kerana kuasa rakyat memberi peluang untuk berkhidmat.
sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda tak kira dari depan belakang, kiri serta kanan. aku minta maaf andai tersalah bahasa serta menyinggung perasaan anda. yang buruk khilaf datang dari kita, yang baik datang dari ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment