Thursday, June 11, 2009

Khamis yang tak bergerimis

Terima kasih kepada Ramli Sarip dan Tan Sri SM Salam menyanyikan Lagu Zaman.

Benar, hari ini sudah lama bumi Kuala Lumpur tidak disimbahi hujan. Di dada akhbar semalam pun dah terpampang KL dalam jerebu. Memang aku nmpk, KLCC dari Jalan Gombak nampak samar-samar. Samar dalam kekabutan, kekalutan dan kerebutan meredah aliran. Hari ini punya berita sama juga - Jimat Air dari dicatu di Lembah Klang dan Kebakaran di Lorong Haji Taib.

Itu yang berlegar dalam kelapa otak aku. Topik yang menarik tapi aku tidak tahu mengolahnya buat masa ni.

Sudah lama aku tidak berblogging....

Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan yang singgah ke blog aku. Dah 2 bulan aku mencoret segala cerita, citra dan cerita kepada dunia. Aku pun tidak faham kenapa aku menikmati kebebasan berblogging buat seketika. Aku hanyut dengan dunia lain. Kepada yang menanti hasil nukilan aku, terima kasih dan minta maaf terutamanya AFFNIE. Seorang bloggers yang aktif dan aktif bertanya pasal blog aku. Kepada kawan-kawan aku, teruskan berblogging sesungguhnya disinilah tempat anda mencurah dan mengutip segala ilmu alam di dunia.

Salam dan selamat

EZART