Wednesday, February 11, 2009

PUKUL 12 tengah malam

  • Setelah penat memandu dari Padang Benggali ke Kuala Lumpur, aku ambil cuti satu hari.

  • Seharian aku di rumah. Bangun selewat pukul 12 tengahari. Aku buat apa yang patut.

  • Selepas mandi, aku berfikir apa yang nak dimakan untuk tengahari ini.

  • Menjengah periuk kukus yang aku beli di Pekan Rabu, aku ada idea nak masak untuk tengahari ini.

  • 'AYAM KUNYIT KUKUS DENGAN SOS TIRAM' - lebih kurang macam itulah bunyinya untuk santapan perut aku. Hidangan bersama rendang yang mak aku masakkan sebagai bekal bila aku balik ke KL membuka selera aku tengahari ini.

  • Basuh baju - malas atau tidak terpaksa aku masuk dan rendam dulu dalam mesin basuh.
    Kalau tidak, tunggu giliranlah aku sampai hujung minggu.

  • Petang pula, selepas gatal tangan menggodam CPU lama yang ada dalam bilik aku, aku bersiap untuk ke Padang Merbok.

  • Sayangnya, hujan turun lebat sekali petang tadi. Tapi tidak luntur semangat aku untuk turun padang.

  • Malangnya, tiada siapa pun turun petang tadi. Aku tinggalkan semangat aku di Padang Merbok bersama kebasahan gerimis petang. Biar lusa ini aku datang dengan semangat baru.

2 comments:

AkubukanSofiaJane said...

hujan tidor la Jat.Yg ko kuo watpe..hehehe..
hujan sore-sore.lyn lagu Broery time tu sangat sesuai.

Baijat said...

aku keluar pasal tgh semangat giler nak main ragbi.