- Aku minta maaf pasal tiada nukilan, tulisan serta catitan untuk blog aku untuk seminggu lepas. Tiada ruang masa untuk blog aku ini.
- Ada benda aku nak kongsi dengan pembaca tetapi kerja hakiki tetap jadi keutamaan aku.
- Tambahan pula, sepanjang minggu lepas aku telah berada di Kemaman selama 3 hari. Kalau ikutkan hati, tak mahu aku ikut pergi ke sana sebab memikirkan kerja yang serba serbi tak selesai lagi di pejabat. Tak mengapalah, bukan kena keluar duit belanja sendiri.
- Yang seronoknya, dapatlah pekena satar yang terkenal di Kemaman.
- Kami sepasukan menikmati juadah itu di warung Aziz Satar. Jangan terkejut ada kedai dinamakan sebegitu. Memang sedap satar di kedai tu.
- Kedai tu banyak berubah. Paling ketara sekali, tandas kedai tu.
- Hampir setahun aku tidak sampai ke kedai itu. Kali terakhir aku pergi ketika ada lawatan tapak ke Dungun.
- Masa tu ramai sangat orang datang. Maklumlah, sehari selepas PRU 12. Orang balik mengundi.
- Banyak benda aku terlepas nak buat setelah dirancang dengan teratur.
- Antaranya ragbi, rupa-rupanya depa dah mula dengan fitness session.
- The most tough and challenging my mental physical is 2.4km. Am I ready?
- Entahlah, mahu tak mahu kena hadapi juga. Kalau dah minat, tolak ketepi segala sifat negatif. Yang penting buat dulu.
- Aku harap minggu ini, aku dapat sertai training dengan mereka. Dah 3 minggu tak turun padang.
Sunday, February 22, 2009
Setelah seminggu berlalu......
Friday, February 13, 2009
David Arumugam been award 'Datukship'
- After more than 40 years dedicated to music arena, finally David Arumugam of Alleycats has been conferred Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) by Sultan of Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah which carries title 'Datuk'.
- He well known with his songs such 'Andainya Aku Pergi Dulu', Khabar Buat Ibu and many more.
- His younger brother, late Loga Arumugam has passed away cause of lung cancer in year 2007 also best singer as well as David.
- Together with him received the award are Khatijah Ibrahim.
- Popular with song ' Doa Buat Kekasih' featuring Ramli Sarip, she has involved in her career for 30 years.
- From Berita Dari Rantau, congratulations to both Datuk and keep it up.
Thursday, February 12, 2009
SINAR PAGI.......I Follow....
- Macam biasa setiap pagi, sambil bersiap nak pergi ke pejabat aku mesti layan mendengar siaran SINAR.FM.
- Seronok dengar celoteh, Krill, SY & Kak Engku. Kekadang buat aku gelak sendiri dalam bilik aku.
- Tapi pagi ini, aku dengar tentang topik berkaitan pengalaman di luar negara.
- Antaranya, makan ais krim waktu musim sejuk di Liverpool, pengalaman naik teksi motorsikal di Batam, Indonesia dan lain-lain.
- Lagi satu yang aku teringat, si isteri dan anak mengikut si suami pergi ke Paris kerana ada mesyuarat di sana. Katanya si isteri, anaknya akan menangis bila orang lain ganggu dia tapi masa di Paris terjadi sebaliknya.
- Si anak pula mengganggu 'mat salleh' di sana. Macam-macam....
- Tapi apa pun, benarlah pepatah Melayu - Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.
- Sambil terus melayan Sinar.FM, terlintas dalam kepala otak minda aku - Bila aku nak travel oversea lagi?
- Aku harap mungkin hujung tahun ini aku nak pi bercuti lagi.
- Teruskanlah dengar Sinar.FM. Semoga membuatkan hati anda sentiasa ceria bila masuk pejabat.
Wednesday, February 11, 2009
Hasrat vs Impian
Pada satu senja di halaman rumah, terjadilah perbualan antara si abah dengan anaknya.......
Perbualan itu menjadi topik utama antara si abah dengan si anak. Setiap kali si anak pulang ke kampung, itu menjadi topik utama dan diulangi. Selagi si anak tidak mengikut saranan si abah, selagi itu topik itu diulangi semula. Antara hasrat si abah dengan impian si anak, masing-masing berada dalam keadaan terhimpit untuk kesenangan pada masa hadapan.
P/s: Perbualan ini diolah semula untuk kesesuaian semua....
- Abah : Hang tak mau mengaji lagi ka?
Dah malas ka? - Anak : Awat lak tak pula mengaji....
- Abah : Yalah, sughoh isi boghang kerja SPA sekali lagi pun tak isi, isi borang sambung wat SPACE pun tak buat.
- Anak : Tunggulah dulu.
Nanti oghang sambunglah balik. - Abah : Hang toksah beghenti kerja.
Bukan hang tak tau la ni macamana.
Susah dapat keja. - Anak : Tau tapi nak tunggu habis satu projek dulu.
Nanti oghang sambunglah..... - Abah : Bila hang nak sambung?
Satu projek bukan boleh siap habis dalam 2,3 tahun. - Anak : Tau.
- Abah : Habis tu? Kalau rasa dah tak boleh pi dengan landskap, ambil bidang lain.
Buat Project Management ka, Administration ka.
Dah ada pengalaman dengan Landskap, boleh handle projek nanti. - Anak : Kalau ambil Planning pun takpa ka?
- Abah : Ambil apa pun tak apa.
Asaikan jangan beghenti kerja dah.
Kalau hang buat SPACE ka PJJ ka hang boleh pi lepas kerja.
Pastu hujung minggu pun kelas. - Anak : Tapi oghang minat 'Urban Design'.
Pasai dia cover semua.
Ada member oghang pi Australia, buat kat RMIT, Melbourne. - Abah : Taulah, tapi yang tu major.
Kalau nak wat master bolehlah ambil.
Tapi apa pun, sambung belajaq, jangan beghenti kerja. - Anak : Yelah, nanti orang isi boranglah.
Tengoklah nanti.....
Perbualan itu menjadi topik utama antara si abah dengan si anak. Setiap kali si anak pulang ke kampung, itu menjadi topik utama dan diulangi. Selagi si anak tidak mengikut saranan si abah, selagi itu topik itu diulangi semula. Antara hasrat si abah dengan impian si anak, masing-masing berada dalam keadaan terhimpit untuk kesenangan pada masa hadapan.
P/s: Perbualan ini diolah semula untuk kesesuaian semua....
Aci - aci Buka Pintu....
- Esok, berakhirlah cuti 4 hari aku. Maka bermula kembali hari bekerja aku untuk minggu ini.
- Model 3D aku yang tak sudah-sudah kena siapkan. Banyak benda lagi nak kena menjawab.
- Aku harap hari Rabu ni, aku dapat bagi tumpuan sebaik mungkin.
- Terasa tak sabar nak masuk ofis dengan semangat baru. Maklumlah dah cuti panjang.
- Memang rasa tak puas bila dapat balik kampung pasal tak dapat melekat lama-lama dalam rumah.
- Manakan tidak, malam saja mesti tak melekat kat rumah. Mesti keluar lepak dengan Hanis.
Tak cukup dengan itu, pergi K.A.R.A.O.K.E. Kalau takda 4 lagu, mesti tak sah. - Habis karaoke, sambung lepak minum lagi. Paling cepat balik rumah dalam pukul satu.
- Kalau kat KL, aku tidak kisah nak balik waktu bila pun tak apa. Tapi bila aku balik Penang, aku ambil kisah pasal hal.
- Aku ambil kisah pasal aku kesian kat mak aku. Kekadang dia telefon aku ada kat mana, bila nak balik.
- Kekadang dia pula tunggu aku untuk bukakan pintu. Aku pula jadi serba salah.
- Memang setakat ini depa tak kisah sangat aku keluar mana pun. Lagipun, depa tau aku keluar dengan Hanis.
- Tapi kalau aku tak ada dengan depa apa yang akan depa cakap pasal hal ini.
- Aku kesian depa pasal benda ini tapi takkan aku nak marah kawan-kawan pasal ini.
- Silap haribulan hilang@putus kawan.
- Aku jadi serba salah.
- Aku cuba elakkan benda ni daripada terjadi lagi. Kalau nak keluar pun sebelum tengah malam ada kat rumah. Jadi macam Cinderella.
- Kalau member-member aku yang terbaca dan terguris hati pasal benda ini, aku minta maaf. Antara Penang dan Kuala Lumpur, ada perbezaanya.
Baijat : Bangganya dapat nyanyi lagu Alleycats - Tangga-tangga pintu bahagia dengan sepenuh hati. Terima kasih Abe, Hanis dan Fuad kerana 'memilih' lagu ini untuk aku.
PUKUL 12 tengah malam
- Setelah penat memandu dari Padang Benggali ke Kuala Lumpur, aku ambil cuti satu hari.
- Seharian aku di rumah. Bangun selewat pukul 12 tengahari. Aku buat apa yang patut.
- Selepas mandi, aku berfikir apa yang nak dimakan untuk tengahari ini.
- Menjengah periuk kukus yang aku beli di Pekan Rabu, aku ada idea nak masak untuk tengahari ini.
- 'AYAM KUNYIT KUKUS DENGAN SOS TIRAM' - lebih kurang macam itulah bunyinya untuk santapan perut aku. Hidangan bersama rendang yang mak aku masakkan sebagai bekal bila aku balik ke KL membuka selera aku tengahari ini.
- Basuh baju - malas atau tidak terpaksa aku masuk dan rendam dulu dalam mesin basuh.
Kalau tidak, tunggu giliranlah aku sampai hujung minggu. - Petang pula, selepas gatal tangan menggodam CPU lama yang ada dalam bilik aku, aku bersiap untuk ke Padang Merbok.
- Sayangnya, hujan turun lebat sekali petang tadi. Tapi tidak luntur semangat aku untuk turun padang.
- Malangnya, tiada siapa pun turun petang tadi. Aku tinggalkan semangat aku di Padang Merbok bersama kebasahan gerimis petang. Biar lusa ini aku datang dengan semangat baru.
Friday, February 6, 2009
Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil
- Aku mula mengenali lagu tentang Zubir Ali pada satu awal pagi lepas tengok berita Nightline TV3.
- Ada satu rancangan tunjukkan video klip ini. Memang puitis lagu puisi ini.
- Aku pada mulanya tidak faham lagu ini ditujukan untuk siapa.
- Bila aku cari balik, lagu ini mengenai kesengsaraan rakyat Palestin akibat perbuatan kejam Yahudi.
- Tidak salah andainya lagu ini mengingatkan kita semua tentang penderitaan Palestin yang tidak berdosa.
Thursday, February 5, 2009
Mengantuk.....
- Jam baru pukul 2.20 petang. Tapi mata aku rasa mengantuk.
- Biasalah, lepas makan tengahari. Nak kata makan banyak, tidak juga.
- Mungkin ada Ajinomoto dalam lauk yang aku makan. Berapa banyak sudu dimasukkan aku tidak tahu.
- Rasa nak tidur tapi tidak sempat sebab lewat makan tengahari.
- Akhirnya aku baring sebentar untuk puaskan mata aku. Maklumlah, hari-hari mengadap desktop.
- Ada bagusnya juga petang ni aku turun padang. Main ragbi, keluar peluh dan lupakan segala tekanan yang mengelilingi hidup aku.
- Secara peribadi aku mengakui, bersukan dapat menenangkan fikiran.
- Bangun pagi, pergi kerja dari pukul 8pagi sampai 6petang, turun padang sampai senja, lepak, minum dan sembang di warung Pak Din (Padang Merbok) sampai pukul 9malam, balik rumah, santai dan tidur.
- Kekadang tidak sedar dah masuk hujung bulan rupanya.
- Apa apapun ku harap hujan tidak turun membasahi Padang Merbok.
- Kalau turun sekalipun biarlah tidak selebatnya.
- Hujan itu rahmat Allah. Jangan kita menafikan.
- Akhirnya, hilang jua mengantuk aku ni. Mari sambung kerja semula.
Wednesday, February 4, 2009
ALLEYCATS....
- Aku tidak tahu bila aku mula minat dengar lagu Alleycats. Mungkin sejak sekolah menengah. Itupun, lagu Hingga Akhir Nanti.
- Aku mula mengenali kumpulan Alleycats sejak sekolah rendah. Dulu, kat TV1 selalu mainkan video klip lagu 'Berita Dari Rantau'. Bila aku tengok video klip terbayang pantai yang dulu indah permai kini kawasan paya bakau.
- Kisah minat aku kepada Alleycats bermula selepas SPM bila pada satu hari aku geledah tool kit kereta Kancil abah aku (sekarang jadi kereta aku). Aku terjumpa kaset Alleycats - Kuching (1981).
- Sejak terjumpa kaset tersebut, berulang-ulang kali aku mainkan bersama radio yang aku dihadiahkan semasa bekerja di KFC.
- Bila aku masuk UiTM, kaset Alleycats bersama radio aku menjadi teman kesunyian aku bila di studio.
- Teringat kaset tu sentiasa ada dalam tool box studio aku.
- Aku tidak pasti samada kaset masih ada lagi atau tidak. Maklumlah barang antik.
- Maklumlah mungkin kaset tu kepunyaan abah aku.
- Tapi aku sekarang sudah mempunyai koleksi mp3 lagu Alleycats. Kalau tidak silap, hampir 50 buah lagu.
- Minat betul aku dengan Alleycats.
- Kalau pergi karaoke pun, lagu Alleycats akan jadi lagu wajib untuk aku nyanyikan.
- Kekadang ada orang tanya kepada aku - mengapa minat kumpulan Alleycats?
- Senang sahaja aku cakap - liriknya senang difahami kerana ringkas, music arrangement sesuai dengan lagunya dan trademark mereka sendiri.
- Alunan suara, gaya rambut Afro David dan Loga Arumugam serta 'Terima Kasih' telah menjadi suatu identiti yang berjaya.
- Tidak aku sangka, mereka sudah berada di persada seni tempatan lebih 4 dekad.
- Mereka antara artis berkumpulan bukan Melayu yang berjaya menambat hati pendengar lagu berbahasa Melayu.
- Bagi aku, mereka sesuai menjadi ikon muzik Malaysia yang sebenar.
- Semoga mereka dapat terus menghiburkan aku dengan alunan lagu yang menyentuh perasaan jiwa aku.
- Terima Kaseeeeey......
Subscribe to:
Posts (Atom)