Wednesday, December 23, 2009

Pop Yeh Yeh

Malam ni aku masih sangkut di pejabat. Mengajar 'deadline' untuk esok. Nasib baik mata aku masih cerah dan bertenaga. Malangnya, minda aku kini merewang seolah mahu melarikan diri dari kerja-kerja hakiki. Sudah lama aku tidak buat OT. Kalau tidak, pulun habis-habisan. Tapi nasib baik, irama 60an menemani aku, pemecah kesunyian keheningan malam.

Aku mula mengenali irama Pop Yeh Yeh secara rambang menerusi artis-artis penyanyi era ini seperti Jeffridin, M.Shariff dan S.Jibeng. Kemasyhuran mereka bukan sekadar di pentas sahaja, malah disebuti kerana penampilan mereka. Ini mengingatkan kisah aku masa di asrama Penang Free School, dimana penghuninya bukan terdiri daripada pelajarnya sahaja tetapi dihuni bersama pelajar-pelajar cacat penglihatan dari Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin. Tukang masak asrama, menggelarkan mereka sebagai 'Budak Jibeng'. Sebut sahaja perkataan Jibeng terus teringat mereka.

Petikan gitar dalam lagu-lagu irama ini menjadikan sebagai 'trademark' dan tarikan utama untuk diminati. Dari hanya mengenali lagu Jefridin - Kenanganku yang melentokkan kepala ketika nyanyian, ia tidak terhenti di situ sahaja. Masuk ke dunia UiTM, aku mula mengenali pula dengan A.Ramlie. Yang menariknya, ada seorang classmate aku mempunyai gaya yang serupa dengan A.Ramlie. Pasti ada yang tahu siapa gerangan.

Ketika part 2 , aku sudah tidak tinggal bersama budak classmate lagi. Aku berpindah ke kolej Teratai. Bila ada tugasan yang kena selesaikan di Kolej Perindu. Suatu ketika, terlayan aku mendengar lagu-lagu A.Ramlie pula. Kenangan Mengusik Jiwa, Oh Fatimah, Ole-Ole Temasik dan lain-lain lagi.

Yang pastinya, bila aku di alam pekerjaan pula, minat aku tidak terhenti di situ sahaja. Dengan dunia tanpa sempadan, aku terus mengumpul koleksi lagu-lagu irama Pop Yeh Yeh. Bila pergi karaoke dengan kawan-kawan aku, tidak sah kalau aku tidak nyanyikan salah satu lagu dari irama ini. Antaranya lagu Zuraini, Zunika dan Si Cincin Emas.

Bila aku nyanyi lagu Seruling Anak Gembala, teringat pula salah satu babak dalam cerita Man Laksa......

2 comments:

AkubukanSofiaJane said...

owh.aku tahu siapa gerangannye jelmaan a.ramlie itu.incik Fit kan? hehe.lagu ole-ole temasek mengingtkan aku tentang seorang jejaka dari telok anson =)

Mohammad Al-Aiman said...

lepak perindu tu bilik aku la tu slalu pasang lagu2 a.ramlie sebab midie mmg minat ngan a.ramlie

gila terkenang