Wednesday, January 28, 2009

Jalan - Jalan di Jakarta, Bogor dan Bandung (1)



- Dah lebih seminggu aku tidak menaip ke dalam blog aku. Mungkin sibuk dengan kerja.

- Maklumlah, klien pun dah lama menunggu, kenalah cepat.

- Dalam kesibukan, hari minggu yang serba sibuk terpaksalah diabaikan sebentar kerana lawatan makan angin ke Jawa Barat sudah lama diatur terlebih dahulu.

- Bagi aku, ok lah dapat makan angin sebab sudah lama tidak pergi ke mana - mana. Melainkan kalau ofis suruh outstation atas urusan rasmi.

- Banyak benda dapat aku alami dan rasai semasa di seberang sana. Membuatkan aku berfikir.

- Ada perbedaan dan ada juga persamaan dengan kita.

- Maklumlah, serumpun dan seirama.

- Aku ingatkan di Jakarta tiada kesesakan trafik. Tapi aku silap....Jakarta 3 kali lebih teruk dari Kuala Lumpur. Malah, kotanya lagi besar dari KL.

- Environment di Jakarta kurang terurus berbanding di Kuala Lumpur.

- Sistem saliran tidak sistematik, setinggan di tepi landasan, masjid & musholla (surau) yang saling berdekatan - itulah keadaan fizikal di kota Jakarta secara am dan rambang.

- Bangunan pencakar langit di Jakarta tidak kurang menariknya, rekabentuknya agak menarik, kontemporari serta moden. Mungkin banyak bangunan didirikan era abad baru.

- Yang menariknya lagi, setiap tempat yang kami pergi mesti ada parking attendant. Tugasnya bukan membantu pemandu sahaja bila nak parking tapi akan jadi 'warden trafik' secara tak rasmi. Itulah satu bidang pekerjaan mereka.

- Dengan kerja itu, sekali sebuah kereta keluar masuk mereka boleh dapat Rp5000. Bayangkan andaikata dalam sehari hampir 50 - 60 buah kereta keluar masuk.

- Bagi kita, Rp5000 yang bersamaan kira - kira RM1.60 hanya nilai yang kecil. Bagi mereka, nilai itu cukup besar.

- Selain itu, apa yang boleh kita tengok dan praktik adalah 3 orang untuk satu kereta. Untuk masuk ke kota, dalam kereta itu perlu berpenumpang sekurang-kurangnya 3 orang termasuk pemandu.

- Jika tidak, sebuah kereta kena bayar tol yang lebih tinggi.

- Maka, berbaris-barislah para warga kota yang tidak berkenderaan menunggu kereta untuk ditumpang.

- Selain itu, sistem aliran pergerakan kenderaan pun diadakan. Kenderaan tidak boleh bertukar lorong sesuka hati semasa di atas jalan tol (lebuhraya). Kalau tidak pak polisi akan menahan kenderaan dan terus saman.

- Boleh dikatakan bagus sedikit sistem aliran trafik di Jakarta kerana kenderaan sentiasa bergerak. Tidak seperti di Malaysia, bergerak seinci pastu berhenti.

- Cuba bayangkan andainya sistem dipraktikkan di Kuala Lumpur....
Mesti ada rungutan dan sungutan dari semua pihak. Tapi itulah penyelesaian terbaik.

No comments: