Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.
Selalu kita tanya, hari ini berapa haribulan? Dengan lantas dan lancar, kita boleh menjawab 29 Disember 2008. Cuba kita ubah soalan bunyinya macam ni atau tambah soalan ni - hari ini berapa haribulan hijrah @ berapa haribulan Melayu ( kalau cara orang kampung), boleh tak kita membalas dengan lantas dan lancar? Tak semua akan menjawab dengan spontan. Masa itulah baru kita nak gagau (capai) kalendar nak tengok tarikh hijrah.
Pokoknya
- Kenapa kita hanya kenal bulan Hijrah bila tiba bulan Puasa atau Hari Raya? Adakah tahun Hijrah cuma ada 2 bulan saja? Ataupun hanya wujud bila ada cuti peristiwa berkaitan Islam?
- Kenapa kita seiringkan penggunaan tarikh Hijrah dgn tarikh Masihi? Sedangkan tarikh Masihi pada asalnya dari agama Kristian. Yang dimaksudkan seiring itu adalah sambil kita mengingati tarikh Masihi kita ingat juga tarikh Hijrah.
- Kenapa kita cuma sedar atau mengingati peristiwa yang terdapat dalam kalendar Masihi yang tidak beri banyak manafaat kepada kita sedang kita meminggirkan peristiwa yang berlaku dalam Islam yang banyak pengertiannya malah fadilatnya.
Sempena kedatangan dua 'Tahun Baru' (1430H/2009), gunakanlah kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri sendiri. Tengok checklist azam yang lepas dah tertunai atau sebaliknya. Azam kita bukan sekadar self improvement tapi hubungan kita dengan Tuhan kena ada improvement juga. Insya Allah.
Terima kasih pada sesiapa yang ingat tarikh hari jadi saya (2 Muharram)
No comments:
Post a Comment