Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.

Selalu kita tanya, hari ini berapa haribulan? Dengan lantas dan lancar, kita boleh menjawab 29 Disember 2008. Cuba kita ubah soalan bunyinya macam ni atau tambah soalan ni - hari ini berapa haribulan hijrah @ berapa haribulan Melayu ( kalau cara orang kampung), boleh tak kita membalas dengan lantas dan lancar? Tak semua akan menjawab dengan spontan. Masa itulah baru kita nak gagau (capai) kalendar nak tengok tarikh hijrah.

Pokoknya
- Kenapa kita hanya kenal bulan Hijrah bila tiba bulan Puasa atau Hari Raya? Adakah tahun Hijrah cuma ada 2 bulan saja? Ataupun hanya wujud bila ada cuti peristiwa berkaitan Islam?
- Kenapa kita seiringkan penggunaan tarikh Hijrah dgn tarikh Masihi? Sedangkan tarikh Masihi pada asalnya dari agama Kristian. Yang dimaksudkan seiring itu adalah sambil kita mengingati tarikh Masihi kita ingat juga tarikh Hijrah.
- Kenapa kita cuma sedar atau mengingati peristiwa yang terdapat dalam kalendar Masihi yang tidak beri banyak manafaat kepada kita sedang kita meminggirkan peristiwa yang berlaku dalam Islam yang banyak pengertiannya malah fadilatnya.

Sempena kedatangan dua 'Tahun Baru' (1430H/2009), gunakanlah kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri sendiri. Tengok checklist azam yang lepas dah tertunai atau sebaliknya. Azam kita bukan sekadar self improvement tapi hubungan kita dengan Tuhan kena ada improvement juga. Insya Allah.

Terima kasih pada sesiapa yang ingat tarikh hari jadi saya (2 Muharram)

Friday, December 26, 2008

Trip 1

Looks like this month I've travel a lot from one place to another. On Dec 12, I joined NS Rugby Team for Agong's Cup against Kedah on Alor Setar ground. We'd spent 2D 1N at there but we lost slightly one point different 19-2o. After Kedah's trip, I attended wedding reception of my officemate at Tanjung Rambutan, Ipoh (Don't ever think about Hospital Bahagia) on next coming week (Dec 20) since we've not attended reception in Malacca which fall on same day we travel to Alor Setar. I must attend it because I got direct invitational from himself. After having our meal, break and meet the wedding couple, we take off to Batu Gajah to meet my officemate's friend. We chit-chat and playing FIFA09 at the cyber cafe that himself operates. He operating almost for a month. He still young and never depend to his parent's contribution to start his business. What such a optimistic person.

The latest was my trip JB on last Wednesday. This not for vacation but more to work purpose. My office received fax from Iskandar Malaysia for design consultation. My boss asked me to collect it.

Tuesday, December 23, 2008

Semalam - Sean Ghazi

Agong's Cup Championship

From Sukandaily.com

KEDAH JUARA PIALA AGONG 2008

ALOR SETAR – Pasukan Kedah menutup tirai Kejohanan Ragbi Piala AGONG dengan kemenangan setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kejayaan tipis (23-22) di Stadium Sultan Abdul Halim Jalan Suka Menanti Alor Setar Kedah.

Pasukan ATM yang pada suatu ketika mendahului Kedah 22-20 terpaksa berputih mata apabila pemain sayap Kedah, Mohd Fairuz Abdul Rahman berjaya mengutip 3 mata melalui tendangan Penalti untuk pasukan 'Jelapang Padi' itu pada minit terakhir perlawanan.

Separuh masa pertama: Kedah terlebih dahulu ketinggalan 15-10. Pemain Lock Kedah, Dineshwaran Krishnan telah melakukan Try pertama buat Kedah seawal minit ke 5’. Tendangan Conversion disempurnakan oleh pemain sayap Kedah, Fairuz Abdul Rahman minit ke 6’. Fairuz sekali lagi menyempurnakan satu tendangan Penalti pada minit 14’. ATM yang menurun pasukan terbaik mereka memulakan saingan melalui Try pada minit ke 7’ hasil gerakan lincah pemain sayap ATM, Redzuan Sharif. Try kedua ATM diperolehi dari tolakan scrum yang positif di kawasan 5 meter Kedah oleh pemain Nombor 8 ATM, Hair Izwan Mohd Romli minit 30’ di samping menambah lima lagi mata melalui satu tendangan Penalti minit 18’ dan Conversion minit 31’.

Separuh masa kedua: Pemain Lock Kedah, Dineshwaran sekali lagi melakukan kejutan setelah berjaya memanfaatkan sepak mula oleh Flyhalf Kedah Mohd Nizard Mohd Nor dan terus merempuh barisan pertahanan ATM dan terus melakukan rebahan Try buat Kedah di minit ke 41’. Kedah berjaya mendapatkan Try ke 3 mereka melalui pemain Outside Center warga Fiji, Gaberelli Naitaka pada minit 65’. Pemain simpanan ATM yang diturunkan dalam separuh masa kedua, Hazuan Mohd Zakeri berjaya melakukan Try ke 3 ATM di minit 68’ dan Mohd Azuwar sekali lagi menyempurnakan tendangan Conversion minit 69’.

Pemain sayap Kedah, Fairuz Abdul Rahman muncul wira Kedah dan pemain terbaik kejohanan Piala AGONG edisi ke 26 setelah berjaya memanfaatkan peluang ke empat Penalti dalam jarak 22 meter sebelum pengadil Khairul Izham Ramli meniup wisel minit 80’ menutup tirai Piala AGONG 2008.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah yang diiringi oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz telah berangkat mencemar duli mengalungkan medal kemenangan dan menobatkan Kedah Darul Aman selaku juara baru Piala AGONG 2008.

Perlawanan akhir Piala AGONG Edisi ke 26 di antara Kedah menentang ATM dan PDRM menentang Negeri Sembilan (Plate) merupakan FINAL YANG TERBAIK PERNAH DIMAINKAN oleh pasukan-pasukan gabungan KRM di pentas Piala AGONG. Sukandaily mengucapkan syabas kepada Persatuan Ragbi Kedah serta semua pasukan final Piala AGONG. Pemain-pemain yang berkualiti ini seharusnya diserap segera bagi persiapan pasukan kebangsaan. Semua pasukan telah menunjukkan mutu permainan yang amat bermutu tinggi. (Layari galeri fotografi Sukandaily)

Kategori Cup : Kedah tewaskan ATM (23-22)

Kategori Plate: PDRM tewaskan Negeri Sembilan (11-10)

A year ago.....

Last Tuesday, it was my 1st anniversary as staff in my office. I just realize about it when having lunch my boss at warung in Taman Tasik Titiwangsa. Then he asked me about future plan, I told him that I want to stay in this working field for another 2@3 years or untill one project that I involved almost done. Then I will continue for my further. A lot things we talk each other as we enjoy our meal with soft breeze blown from the lakeside.

Yes, one year already. I'm thanked to Allah for this two buddies, Hairul and Adib who recommended me to work on this current office. Without them, maybe I'm already working somewhere else.

It is very different to compare with past and current situation. Everyone can feel it. As I began to working here, so many works and projects to be done. Almost every month some projects we tackle and get involved. As time goes by, everything is turning upside down. As 2008 election is over, the work pressure become less. No need to do OT. As we stepping to 2009, am I prepared to overcome for this situation - VSS or you quit. Hopefully I'm prepared. InsyaAllah.

But, there is someting cheering up everybody in this office, we are leaving to Bandung for vacation (maybe site visit). Maybe this is for bonus replacement as we never received it since last hari raya. It is quite good for me also because I'm not having my own vacation for this year. I took this opportunity to enjoy the vacation and experiencing other culture.

Whatever is it, must makesure that I still secured with my current job on this coming 2009....
Insya Allah.....

Wednesday, December 3, 2008

Petrol - the price is down again

To all Malaysians,

I'm proud to announce that petrol price is been reduce 10 cents. It makes the latest per liter is RM1.90. Well, i hope the government will maintain this price or slashed down more as we enter the New Year 2009. It is good time to review price as we will celebrate upcoming Hari Raya Haji on this December 6 and Holiday Seasaon beginning Christmas until New Year 2009 as well as Awal Muharram.

To trader, businessman, retailer and seller, please reduce your selling price if you don't want lost your customer or buyer. Don't think so much about your profit but think your continuity in the market. Remember, consumer own their rights and power. Insya Allah you will not lost your customer.

For consumers, think before spending. Use power of buying, don't let the trader controlling your money. Make an offer as possible you can.

Tuesday, December 2, 2008

OFA Rugby

Alhamdulillah, hati rasa berbunga pasal banyak respons tentang penubuhan OFA rugby. Rupanya ada tempat lagi untuk sukan ini di dalam hati Old Frees terutama bekas ruggernya sendiri. Maklumlah, sejak tahun 2005, tiada lagi kelab atau persatuan ragbi yang di Pulau Pinang. Ini telah merugikan banyak pihak. Dari pemain sehingga pengurusan tertinggi. Ketiadaan Penang All Blues menyebabkan Pulau Pinang kehilangan salah satu acara sukan yang di kira setanding Cobra Tens.
Penganjuran Penang International Rugby Tens @ Penang Tens di anggap penutup segala acara sukan ragbi di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Kejohanan yang bermula pada era 70an adalah platform untuk mencungkil bakat anak-anak kelahiran Pulau Pinang dalam ragbi untuk peringkat yang lebih tinggi.

Semoga penubuhan OFA rugby bukan terhenti di maya siber tetapi direalisasikan atas padang nanti. Penubuhan OFA rugby bererti kebangkitan semula ragbi di Pulau Pinang.

Selamat Pengantin Baru


Hari Ahad Lepas (30 Nov), aku pergi ke Melaka. Jemputan perkahwinan housemate aku. Dah habis zaman bujang dia. Teringat satu lagu yang berkaitan depa ni. Lagu nyanyian Tan Sri SM Salim - Dulu Lain Sekarang Lain.

http://www.4shared.com/file/58053358/814a20c6/Dulu_Lain_Sekarang_Lain.html