Sudah lama aku tidak berblogging. Alhamdulillah, Tuhan masih bagi peluang menaip. Tiba-tiba aku ada idea untuk bermadah pagi pagi buta ini. Sesiapa yang terasa bila membaca ini, jangan marah aku pasal benda ini. Gunakan hak untuk berfikir dan bertindak sebaik mungkin. Kerana apa yang aku panjangkan di sini bukan niat untuk melebarkan di realiti sebenar. Apa yang aku nak luahkan adalah konsep pasal jaringan sosial atau social network pada perspektif aku.
Secara asasnya aku deactivate Facebook. Alasan berbuat demikian adalah macam-macam. Hanya mereka yang betul-betul sahaja mengenali mengetahuinya. Aku beralih arah menggunakan Twitter untuk berhubung dan mengetahui sesuatu yang aku minat. Masa aku sertai, hanya segelintir sahaja yang menggunakan aplikasi ini.
Terima kasih kepada teknologi dan peredaran masa. Semakin ramai yang mula membuka akaun Twitter dan memohon jadi follower aku. Aku benarkan. Tapi sebahagiannya aku memang tidak mengikuti mereka. Tidak menjadi permasalahan sekiranya tidak berkawan dalam secara maya. Jadi kemusykilan, adakah aku yang tidak faham atau merekakah yang kurang jelas dengan konsep pasal jaringan social network.
Aku secara terang-terangan pernah ikut satu akaun twitter seorang minah yang agak popular. Tapi bila timeline aku penuh dengan tweet dia, terus unfollow . Jadi sejak dari hari itu aku berpegang konsep tak-suka-boleh-tinggal. Masing-masing ada hak untuk menggunakan ruangan yang ada untuk berekspresi dan berkata-kata.
Pagi buta ini, memang aku gila sikit kononnya. Lagu-lagu yang aku dengar, liriknya di'tweet'kan. Penuh panjang berjela kira timeline. Maka, mulalah ada yang kurang senang atas kebanjiran TL benda macam ini. Untuk memecahkan kebuntuan, aku menyatakan sedemikian.
Mungkin ini kali pertama aku terpaksa nyatakan sedemikian atas kebebasan hak masing-masing. Bukan seperti dalam Facebook, boleh tapis postwall sesiapa yang kita tidak suka atau suka. Konsep Twitter berbeza dengan Facebook.
Mungkin apa yang aku buat pagi ini benda yang lagho, merapu, meraban atau merepek. Aku sedar tapi apa hak anda untuk halang orang sedangkan alternatif lain mengelakkan benda ini. Jadi, kalau sudah jadi 'pengikut' maka suka atau tidak kena terima apa yang dinyatakan. Biarlah beribu kali orang ber'tweet' sekalipun, tidak semestinya kita perlu ambil kisah apa yang dikatakan.
Secara terus terang, aku tidak kisah kalau kawan aku seperti @miogy, @pali7x dan lain-lain tidak menjadi pengikut atau ber'kawan' secara maya atau online. Mereka ada sebab dan hak untuk menentukannya. Yang lebih penting adalah perhubungan dalam dunia realiti, bersua semuka berbicara dengan jelas lagi nyata.
Secara berterus terang, biarlah aku ringkaskan.
- Apabila anda hendak mengikut sesuatu akaun atau jadi follower, maka anda perlu terima apa yang dikatakan
- Selagi tidak menyalahi undang-undang, mengganggu sensitiviti atau tidak memberi ancaman dalam bentuk penghinaan atau maruah, kita tidak boleh menghalang apa yang dilakukan oleh seseorang.
- Apa yang dinyatakan secara online, tidak boleh sebulat bulatnya dibawa ke dunia sebenar. Benda ini sebenarnya lebih parah jika tiada orang yang tahu bezakan antara realiti dan maya.
- Jika tidak suka apa yang dikatakan atau meluat, hak ada pada diri sendiri untuk tidak mengikuti secara maya. Jangan kerana 'konon-mahu-jaga-hati-kawan', kita jadi kurang cerdik bila membuat keputusan.
Biarlah orang kata aku terasa, sensitif atau sentap tapi benda yang diceritakan adalah pada prinsip yang betul.
Senang cerita, keputusan di hujung jari anda. Anda sendiri yang menentukan.
No comments:
Post a Comment