Tatkala Mitsubishi Galant Model 1978 bernombor plat KK 2321 lancar melintasi persimpangan Jalan Kampung Gajah dan Jalan Telaga Air, abah berkata kepada aku,
"Aku ni ada diploma saja. Aku mahu hang lebih daripada aku. Aku tak mau hang jadi macam aku"
Itulah bait-bait pesan abah yang aku ingat sampai sekarang. Peristiwa itu kalau tidak silap aku terjadi 7 atau 6 tahun yang lalu. Mungkin masa zaman sekolah aku atau lepas SPM. Tapi apa yang abah pesan itu memang aku pegang sampai sekarang.
Hari ini 24 Mei 2010, detik penuh bermakna buat kawan-kawan aku. Kawan-kawan studio masa diploma. Konvokesyen dan sebahagian daripada mereka menerima skrol masing-masing. Bersengkang mata, memerah tenaga dan otak. Akhirnya mereka berjaya mengharunginya. Alhamdulillah.
Tidak lama lagi, kawan aku yang seorang lagi di Melbourne pun akan tamat pengajian. Pejam celik pejam celik cepat terasa masa berlalu dan dia pun hampir mengecapinya.
Minggu lepas aku menerima SMS daripada seorang rakan yang sama bidang. Baru selesai final project. Dalam mesej itu, dia berkata yang dirinya ditawarkan untuk kursus Sarjana @ Master. Dia tidak pasti lagi samada untuk meneruskan atau sebaliknya. Sebagai kawan, aku menggalakkan dia mengambil peluang ini dan fikir sebaik-baiknya. Bukan senang untuk dapatkan tawaran yang datang bergolek seperti ini.
Cemburu. Itulah yang aku boleh ungkapkan di sini. Cemburu melihat kejayaan kawan-kawan aku yang dulu pernah jadi tempat berjenaka, bergurau, mengutuk, bertekak dan bergaduh. Mereka sudah melangkah ke hadapan meninggalkan aku. Walau aku sudah punya pekerjaan tetapi kalau sekadar ada pengalaman tiada kelulusan yang tinggi pun tidak memadai. Biarpun aku ada bertahun-tahun pengalaman, mungkin itu belum cukup meyakinkan untuk mengorak lebih jauh.
Tapi cemburu aku bersifat positif dan bukan dengki. Malah dalam agama pun diboleh kan mencemburui sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada kita dan orang lain. Aku tidak seharusnya marahkan diri sendiri kerana ini pilihan sendiri. Aku tidak boleh selalu mengeluh dan berkata "Kalau dulu aku buat elok-elok, mesti bukan di sini tempatku sekarang." Yang pasti, inilah qada' dan qadar Tuhan telah tentukan untuk aku. Aku tidak boleh terus mengaitkan semata-mata ke atas takdir dengan apa yang aku lalui. Dalam firmanNya telah menyatakan bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Harapan aku adalah tidak terus dibuai mimpi-mimpi kosong dan berangan tidak bertempat. Biarlah cemburu tersebut jadi pembakar semangat dan pesanan abah dalam Galantnya jadi inspirasi aku untuk mengorak maju ke depan. InsyaAllah.
p/s: Teringat Pak Tam panggil Galant Kuda dan kereta KK2321 telah dijual pada tahun 2005. Tidak sempat untuk memandunya.
Kepada yang berkonvo pada hari ini, tahniah dan selamat maju jaya aku ucapkan. Maaf kerana tidak dapat menghadiri acara hangpa semua.
5 comments:
huh... serius aku terharu baca coretan ko baijat...
klu boleh disamakan... plot penceritaan hampir sama dan aku amik,paksa diri utk teruskan ke peringkat seterusnya... 1- disebabkan desakan tekanan pihak atasan sewaktu bekerja dan 2- betulkan peluang hidup...akhirnya... aku pun tak tau ape yg aku nak kecap... kadang lebih elok bersyukur dengan nikmat yg sedia ada dan mengharap rahmat darinya utk bukaan jalan...
takpalah jat. sama2 kita doa kejjayaan kawan 2 dan kejaayaan diri kt.aminn
xpa ejat
kita punya turn akan dtg nnt
apa ada hal kan?
yehaaa!!!
=D
saya juga cemburu. tapi setiap kejayaan orang lain menaikkan semangat kita untuk berjaya seperti mereka juga, kan?
good luck!
baijat....aku berazam abis spm aku nak cari kereta galant tu balik,lokasi kereta kk2321 tu aku tau....nanti aku nak dapatkan kereta tu balik...nak wat elok2 balik dan kita semua boleh naik balik cam kecik2 dulu.....TIAP KATA AKAN DIKOTA.
-dekwan-
Post a Comment