Sunday, April 24, 2011

Tadi tidak sekarang terasa....


Dah masuk sebulan aku tidak menulis blog. Kononnya berjuang untuk penghujung semester. Akhirnya selesai juga pada hari Khamis lepas. Selesai sahaja pembentangan projek akhir, rasa cukup bebas. Tinggal hendak menghadapi peperiksaan semester sahaja lepas ini. Nasib baik 2 paper sahaja. Untungnya jadi budak design-based ni.

Kalau ikutkan perancangan, hari ini mahu pergi ke Temerloh. Ingin bertemu teman yang aku kenal hampir 2 tahun kiranya. Tapi sayang, dia ada program lain. Kira ok jugalah sebab duit belanja diri sendiri tinggal cukup-cukup makan. Hendak harapkan kerja macam langit dengan bumi kiranya buat sementara waktu ini. Tapi syukur, ada juga sikit kerja freelancing hasil kesinambungan projek lepas. Harap dapat bayaran yang setimpal.

Aku pun tunggu tempat aku kerja separuh masa panggil masuk sebenarnya. Tapi tidak tahu bila. Kalau dia tidak panggil, rasanya baik aku cabut balik kampung sementara waktu. Boleh hilang seketika rindu dekat keluarga. Mahu tinggalkan rumah Shah Alam tidak boleh juga. Kalau tidak rugi sewa bulanan. Mahu tidak terpaksa juga kena menetap di sini.

Setakat ini sahajalah posting aku pagi ini. Tadi cerah mata lagi, sekarang taip pun silap huruf.



No comments: