Baru selesai menonton Bolton Wanderers menentang Arsenal. Sekali lagi The Gunners mengalami kemarau kemenangan. Kalah 2-1. Harapan mengejar kejuaraan semakin jauh ketinggalan. Chelsea yang memintas ke tempat kedua memberi isyarat bahawa persaingan merebut liga seolah tertutup untuk Arsenal buat masa ini.
Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan aku, masalah pertahanan memang menjadi suatu kelemahan buat Arsenal. Ketiadaan benteng yang kukuh dapat menyekat serangan menyebabkan ia mudah dibolos. Tapi pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Peter Szczesny yang tangkas menyelamatkan bola di dalam kawasan kotak penalti. Koscielny semacam tiada impak samalah seperti Sagna dan Djorou.
Gerakan oleh Samir Nasri pun kurang menjadi hari ini. Tiada penghabisan atau finishing yang kemas. Begitu juga Theo Walcott. Hantaran yang dilakukan tidak disempurnakan sebaik mungkin.
Corak permainan semakin menjadi punah bila Chamakh, Arshavin dan Ramsey dimasukkan. Tiada fungsi mereka dimasukkan. Aduhai.
Aku memang kecewa dengan pasukan Arsenal kali ini. Bersemangat pada awal musim tetapi lesu di hujungnya. Sikap Arsene Wenger yang liat untuk memperbaiki dan menukar pemain akhirnya merosakkan pasukan. Ungkapan 'In Arsene We Trust' memang tidak boleh gunapakai lagi sekiranya Wenger masih berpendirian untuk menggunakan pemain-pemain dari akademi untuk diserapkan ke pasukan utama.
Aku bukannya ingin Arsenal jadi seperti pasukan Manchester City yang membuat rombakan secara besar-besaran sebaliknya mengatasi kelemahan yang sepatutnya. Jangan fikirkan ingin membuat keuntungan semata-mata. Sepatutnya pihak pengurusan harus faham untuk mewujudkan permainan berkualiti serta memikirkan cara hati peminat.
No comments:
Post a Comment