Tidak aku sangka, sudah masuk malam ke 14 kita di bulan Ramadan. Pejam celik pejam celik hampir sampai kita ke pertengahan bulan puasa. Malam ini aku ponteng lagi tarawikh. Tapi timbul ilham nak berblogging sampai tengah malam. InsyaAllah, aku cuba usahakan untuk siaran semuanya. Terlintas aku nak kongsi cerita dugaan yang telah dihadapi. Mungkin akan jadi titik hitam dalam hidup aku nanti.
Pada Jumaat lepas, aku panggilan dari rumah. Mak aku cakap Tok Su dah kembali ke rahmatullah. Fikiran aku serabut di dalam perjalanan ke rumah Mattin di Banting. Dah lama Tok Su menderita kanser lidah – hampir 3 tahun. Tapi tuhan lebih sayang dia. Sedih juga. Tambah-tambah lagi abah dengan mak aku. Abah aku anggap Tok Su aku macam mak dia sendiri. Mak aku pun sama. Kalau dulu masa sekolah, kalau cuti raya awal baliklah kami sekeluarga lepak rumah dia. Bertungkus lumus mak dengan Tok Su buat kuih raya dan bakar kek. Bila Hari Raya, menu utama bila datang rumah dia – Laksa. Seingat aku kali terakhir jumpa pun masa tahun 2008 tapi tak ingat bila waktunya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan menempatkan bersama-sama orang Mukmin. Al –Fatihah.
Kembali pada peristiwa hitam yang aku lalui, insiden ini terjadi ketika dalam perjalanan ke Alor Setar. Aku dengan sepupu aku Amar mengalami kemalangan jalanraya. Kejadian ini berlaku jam pukul 4.15 pagi. Lepas kami hantar kawan Amar ke Kulim, hujan mula turun renyai. Amar mula mengeluh pasal hujan telah membasahi lebuhraya. Dari Seberang Jaya, Amar masih pandu kereta dengan kelajuan 140-160 kmj. Aku tidak kisah dia bawa nak laju pasal hari-hari kerja dia bawa kereta peronda selama 8 jam.
Lepas sahaja persimpangan tol Pendang, dengan kereta yang laju memecut kami memotong 4 – 5 buah bas ekspres. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Amar memperlahankan kereta ke 60kmj. Dalam keadaan yang semakin perlahan, tiba-tiba kereta hilang kawalan. Kereta mula membuang ke sebelah kiri lorong.
“Amar, tarik brek! Tarik brek!”
Amar cuba mengawal kereta dengan stereng. Tapi tangan kanan aku dapat capai dahulu handbrake. Tapi usaha aku menyelamatkan keadaan jadi bertambah buruk. Kereta berpusing 180° dan menghentam pembahagi jalan. Kepala aku pulak terhentak kena tempat gantung talipinggang keledar.
Masa itu, enjin kereta mati. Apa yang aku terbayang dalam kepala otak aku, bas akan hentam. Tapi aku cepat-cepat alihkan fikiran yang panik dan arahkan Amar buka lampu hazard serta bagi signal lampu tinggi. Dari kejauhan, samar cahaya bas semakin mendekati. Bila kesemua bas sudah melepasi kami, aku lepaskan handbrake dan parking kereta ke lorong kecemasan.
“Amar ok tak? Kalau tak ok, biar Izat bawa kereta”
“Amar ok. Izat pulak?” aku pun jawab OK sedangkan kepala aku berdenyut dek terhantuk tadi.
Aku keluar dalam hujan lebat untuk tengok keadaan kereta. Teruk juga keadaan kereta sepupu aku dibuatnya. Pintu belakang sebelah kemek, bumper pecah, tail lamp hancur, car boot bengkok dan alignment suspension lari.
Kami teruskan perjalanan ke Alor Setar dengan hati yang berdebar. Aku cuba menjerit untuk hilangkan rasa gemuruh dan trauma. Tidak disangka perjalanan pada awalnya 140-160kmj diakhiri dengan kelajuan cuma sekadar 40-60kmj. Setibanya di rumah tok sambil tunggu nak bersahur, kami buka cerita pasal insiden yang telah berlaku. Terkejut satu rumah. Dari jauh, aku tengok mak termangu depan dapur bayangkan anaknya menghadapi saat-saat ngeri itu. Dalam hati aku berdoa agar jangan mak lemah semangat masa tu.
Aku rasa kalau kaum Hawa yang duduk dalam kereta mesti menangis ketakutan.
Moral of The Stories
1. Kalau naik kereta tu, jangan lupa pakai tali pinggang keledar.
2. Kalau nak buat kereta macam sports car, buat betul-betul. Jangan ambil risiko dengan menggunakan komponen yang diragui keselamatannya. Contohnya tayar, kalau nak pakai sports tyre kena pastikan bunga tayar sesuai untuk semua keadaan. Jangan fikir hendak yang murah, ada gaya, keselamatan sendiri letak sebelah.
3. Kalau nak lelap tu, jangan lama-lama sangat. Kesian orang sebelah kita memandu seorang diri, temanlah dia.
4. Bacalah doa sebelum bergerak. Paling pun tidak bacalah Bismillah. Baru berkat perjalanan kita.
p/s : Sampai sekarang kepala aku masih sakit lagi........hehehehehe
3 comments:
berhati-hati di jalan raya.ini musim perayaan.
AlFatihah untuk yang telah pergi. semuga rohnya dilimpahi rahmat.Amin.
Alfatihah, buat mereka yang telah pergi. semoga rohnya didalam golongan yang Allah kasihi.
Amin.
Ps: Berhati2 di jln raya.
moral no 4. dh hafal ke bace doa naik kenderaan + jgn bace doa je, solat pun jgn tinggal walaupun sedang bermusafir
Post a Comment