Wednesday, March 25, 2009

SENTIMENTAL





Peringatan: Sambil anda membaca post, cuba layan lagu 'Realiti dan Fantasi' - ini mengingatkan aku kepada si Aboy....sentimental....

Jam pukul 2201hrs sedang waktu sebenar baru pukul 9 setengah. Sengaja dicepatkan setengah jam agar aku dapat bersedia lebih awal pada setiap hari. Sambil melayan lagu rock dalam slot ARENA ROCK di SINAR FM, aku nak menambahkan lagi kehangatan bilik aku dengan post terkini. Sudah banyak hari tiada catatan yang terkini. Dan hari ini, aku nak buka gelanggang blog.

Sebentar tadi aku baru selesai menonton satu filem - 'The Reader'. Lakonan Kate Winslet yang baru menang Oscar lepas. Secara amnya, jalan cerita menarik serta mudah di fahami. Plot yang agak terperinci menyebabkan rasa panjang betul cerita ini. Terdapat adegan yang perlu penapisan tapi aku tidak mahu ulas bab tu. Tapi aku nak petik satu adegan yang memberikan ilham untuk aku menaip malam ni.

Adegan Michael Berg datang ke rumah salah seorang mangsa kekejaman Nazi semasa Perang Dunia ke 2. Adegan ini mengisahkan tin serbuk teh milik Hanna Schmitz (lakonan Kate Winslet). Hanna telah mewasiatkan kepada Michael Berg untuk menyerahkan sebuah tin yang mengandungi 700 locke kepada anak plainitif (mangsa perang).

Dipendekkan cerita, anak kepada mangsa perang turut mengalami penderitaan yang sama dengan ibunya. Apabila Michael menyerahkan tin tersebut kepada orang itu, lantas beliau ceritakan kepadanya bahawa masa kecil beliau ada tin itu. Dalam tin itu dia simpan duit syiling serta tiket wayang yang dibeli oleh ayahnya. Tapi tin tersebut dicuri semasa dia dalam pelarian.

Setelah mendengar cerita itu, dia menolak untuk mengambil duit itu sebaliknya mengambil tin itu. Duit itu diambil oleh Michael Berg untuk disumbangkan kepada organisasi untuk buta huruf.
Baginya tin itu lebih bersifat sentimental dan dia meletakkan benda tersebut di meja solek.

Bila aku tengok dia punya tin, teringat aku tentang kisah barang sentimental yang aku ada. Mungkin ada lagi atau sudah tidak kelihatan lagi.

Pertama - mug 'Brother of the Year' 2003. Semasa di penghujung semester persekolahan tahun 2003, budak-budak junior di asrama telah diarahkan untuk mengundi dan memberi anugerah kepada senior tingkatan lima iaitu kami. Kalau 'Abang Alim' dapatlah sebuah kitab agama, kalau 'Abang Misteri' dapat hadiah kapal dalam botol kaca, 'Abang Macho' dapat hadiah sikat dan lain - lain lagi. Setelah semua anugerah telah diberi, tinggal anugerah ' Brother of The Year'. Macam dalam majlis - and awards goes to - AKU!!! Tidak sangka aku menang anugerah tu. Dan hadiahnya ringkas, sebuah mug minuman.

Setelah aku habis SPM dan tamat zaman persekolahan aku, mug itu jadi tempat letak segala pen, pensil, pemadam dan pembaris. Kekadang syiling menjadi penumpang dalam mug. Sesak - sesak aku boleh korek duit untuk tampung belanja minum. Kekadang syiling yang beringgit-ringgit dikorek oleh orang lain. Ketika aku di UiTM, aku masih bawa mug tersebut dan letakkannya di studio. Bagi aku, mug tu seolah memberi aku seribu satu perkara. Mug tu mengingatkan aku untuk jadi yang terbaik. Kalau tiada mug tu, mungkin aku tak menyerlah dan dikenali budak-budak studio aku.

Sekarang, mug itu tidak kelihatan lagi kelibatnya depan mata aku. Rasa tangkap syahdu pula. Aku harap mug tu masih dalam simpanan aku. Memang sentimental. Segala kisah hidup aku sepanjang 6 tahun ada bersama mug 'Brother of The Year'.

Kedua - dompet aku. Bagi aku, inilah barang yang rasa tidak sampai hati nak tukar yang baru. Bukan kedekut tapi sebagai tanda penghargaan aku kepada mak aku.

Dompet yang aku pakai sekarang mengingatkan pasal mak aku pergi Umrah pada pertengahan 2006. Masa itu tok aku nak bawa anak-anaknya (Mak Cak, Pak Ngah dan mak aku) pergi Umrah. Mak aku cakap, dia terpaksa gadai barang emas sebab duit tidak cukup untuk belanja di Tanah Suci. Bukan itu saja, dari buat pasport sampai kelas pengajian haji, mak aku pergi selesaikan seorang diri tanpa menyusahkan orang lain. Kalau ikutkan aku nak buat kerja part time masa cuti semester sebab nak tolong mak aku tapi tidak kesampaian. Aku terlibat dengan aktiviti SUKSIS. Malah, masa mak aku nak bertolak pun aku terpaksa jaga rumah dengan adik-adik aku.

Tapi aku rasa bersyukur sebab akulah orang yang pertama dikalangan anak beranak dia dapat jumpa dulu selepas dia sampai. Masa itu, aku ada di UiTM Shah Alam sebab terlibat untuk pelancaran Kor SUKSIS IPTA. Walaupun tidak dapat jemput di KLIA, aku rasa seronok dan terharu sebab jumpa mak aku. Bila mak nampak aku, aku salam dia dan dia cium pipi. Rasa sebak masa itu. Lepas aku jumpa yang lain, mak bawa aku dan bagi barang yang dia beli masa di Tanah Suci. Dompet, wang bernilai 10riyal dan kopiah. Mak aku cakap tidak tahu apa nak beli untuk aku. Tapi bagi aku, terima seadanya pasal mak aku ke sana bukan berbelanja tapi sebagai tetamu Allah. Aku pun faham mak ke sana pun bukan wang yang banyak tapi cukup sekiranya ada kecemasan nanti.

Sekiranya anda nampak dompet aku pakai sekarang, itulah pemberian mak aku. Biar buruk, koyak rabak sekalipun, aku akan terus pakai. Aku masih menghargainya pasal terkenangkan susah payah mak aku untuk menunaikan Umrah. Biarlah harga nilai dompet tidak seberapa tapi bagi aku, itulah tanda sayang dia kat aku yang tidak boleh ganti dengan wang ringgit.

Mungkin juga Allah telah memakbulkan doa dia agar aku sayang, hormat dan taat kepada dia. Sejak dia balik dari Umrah, aku rasa bertambah sayang kat mak aku.

Itulah sentimental antara aku, mug, dompet dan kenangan yang ada.

Bagaimana sentimental anda?

3 comments:

AkubukanSofiaJane said...

NANTIKAN ENTRI AKU SBG PEMBALASAN.

akhmaremily said...

jat.. aboy sentimamtal kah :P

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

tiadalah Allah Subhanahuwata'ala jadikan sesuatu itu dengan sia-sia,

dan segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah,

salam hormat,
zr