Jam sudah bergerak menghampiri pukul 4 pagi. Sudah lama aku tidak lepak kat pejabat selewat macam ini. Ada banyak kerja yang menanti untuk dikejar masa pada minggu ini. Terkejar-kejar dihambat masa dan bos. Sudahlah banyak kerja tapi jari masih nak menggatal menekan papan kekunci. Mungkin otak aku dah tepu dengan kerja yang aku sejak petang semalam lagi. Boleh dimaafkan tak?
Aku bukannya apa, otak minda aku ligat berfikir macam-macam. Bila mengantuk, kadang-kadang ilham macam turun dari langit. Sebelum aku keluar lepak makan kat Pelita Jalan Ampang, sempat aku singgah blog Che Det dan Azli Shukri tengok monolog mereka yang terkini. Semuanya tentang isu semasa, PPSMI dan politik mutakhir. Sempatlah aku bagi komen yang panjang berjela. Pendapat kita, kita luahkan.
Aku dengan politik sebenarnya bukan ada apa pun. Bukan cita-cita nak jadi wakil rakyat, tapi pasal ini melibatkan kita semua. Undi kita, wang mak abah aku bayar cukai pelbagai. Sekurang-kurangnya, bila aku ambil tahu politik ini, aku pun nak jadi sebahagian daripada mereka. Maksud aku, bila sedekad berlalu, segala peristiwa yang berlalu akan terkenang kembali. Segalanya akan jadi sejarah.
Berbalik pasal aku tadi, bila aku keluar jam 3 pagi tadi terfikirlah sendirian semasa menunggang jentera aku di atas Jalan Tun Razak. Alangkah bahagianya diri aku andai tiap-tiap masa jalan selenggang macam ni. Meluncur laju melintasi Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara dan Perpustakaan Negara. Ditambah pula dengan kemegahan KLCC yang berdiri teguh menjadi latar untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Tapi sayangnya, tempoh ini hanyalah seketika. Dalam tempoh 2 jam lagi, jalan-jalan akan dipenuhi dengan deretan kenderaan yang datang dari pelusuk tempat.
Aku pun dah mengantuk. Aku mahu pulang. Kepada yang singgah baca, terima kasih.
1 comment:
aku benci Kuala Lumpor bila banyak kereta di atas jalan raya.Aku suka Kuala Lumpur bila awal pagi' Separa sepi ditemani rimbunan cahaya lampu jalan : )
Post a Comment