Bila terfikir tentang situasi sebegini, banyak benda yang kita lakukan penuh risiko. Apa yang penulis cuba kaitkan, penggunaan online folder@storage dalam kita menyimpan segala maklumat, dokumen atau informasi yang penting. Kekadang penulis terpaksa berfikir panjang samada untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana bila kita menggunakan perkhidmatan ini, maknanya kita terpaksa mengambil risiko. Antara risikonya adalah kehilangan segala data-data yang disimpan, terdapat data yang corrupted, diserang virus atau (salahguna)misconduct data seperti kebocoran rahsia.
Walaupun penggunaan online folder banyak membantu seperti menjadi backup folder, memudahkan para pengguna muat turun di mana sahaja berada. Jangan memikirkan teknologi itu memudahkan sahaja, kerana silap haribulan teknologi boleh jadi menyusahkan dek kesilapan yang dilakukan oleh kita atau pihak lain dalam keadaan sengaja atau sebaliknya....

Click for Larger Image
No comments:
Post a Comment