Semasa dalam perjalanan pulang ke Gombak, penulis singgah sebentar ke Padang Utara, PJ. Apa yang istimewanya Padang Utara ni berbanding padang - padang yang ada kat luar Lembah Klang adalah ragbi. Walaupun padang ni padang ada orang main bola, paintball tapi permainan ragbi ni macam diberi sambutan hangat dari kecil sampai besar. Ibu bapa pun ada yang hantar anak - anak ke klinik mempelajari ragbi (Bintang Rugby Club). Walaupun yang banyak hantar bukan orang tempatan, suasana yang ramai menunjukkan ragbi masih popular lagi biarpun kurang pendedahan dalam media arus perdana.
Selain tu, ada kejohanan Ragbi Liga Alumni. Penulis tidak sangka kejohanan sudah masuk tahun keempat. Pujian harus diberikan kepada penganjur yang mengadakan kejohanan sebegini. Tujuan kejohanan ini adakan kerana terdapat permintaan oleh peminat ragbi terutama lepasan sekolah untuk bergiat semula dalam sukan ini. Ini memberi peluang kepada para pemain yang tidak dapat mewakili kelab - kelab yang ternama atau negeri - negeri masing - masing untuk bersaing menghadapi pasukan lawan. Liga Alumni ini juga boleh menjadi platform untuk kesinambugan pembangunan ragbi Malaysia. Yang menariknya, walaupun jadual Liga Alumni bertindih dengan Liga Piala KRM, Piala Presiden dan Piala Agong, KRM memberi sokongan berbentuk teknikal iaitu penyediaan pengadil perlawanan serta penyediaan padang. Biarpun kejohanan ini tidak segah kejohanan lain seperti NICC dan NLCC, sekurang - kurangnya liga ini bukan kejohanan yang bermusim di mana ragbi dimainkan sepanjang tahun.
Harapan penulis adalah satu masa nanti, sekolah penulis sendiri akan mewujudkan pasukan alumni sendiri (Old Frees) serta berentap untuk mewarnai dunia sukan ragbi tanah air. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment