Wednesday, March 25, 2009

SENTIMENTAL





Peringatan: Sambil anda membaca post, cuba layan lagu 'Realiti dan Fantasi' - ini mengingatkan aku kepada si Aboy....sentimental....

Jam pukul 2201hrs sedang waktu sebenar baru pukul 9 setengah. Sengaja dicepatkan setengah jam agar aku dapat bersedia lebih awal pada setiap hari. Sambil melayan lagu rock dalam slot ARENA ROCK di SINAR FM, aku nak menambahkan lagi kehangatan bilik aku dengan post terkini. Sudah banyak hari tiada catatan yang terkini. Dan hari ini, aku nak buka gelanggang blog.

Sebentar tadi aku baru selesai menonton satu filem - 'The Reader'. Lakonan Kate Winslet yang baru menang Oscar lepas. Secara amnya, jalan cerita menarik serta mudah di fahami. Plot yang agak terperinci menyebabkan rasa panjang betul cerita ini. Terdapat adegan yang perlu penapisan tapi aku tidak mahu ulas bab tu. Tapi aku nak petik satu adegan yang memberikan ilham untuk aku menaip malam ni.

Adegan Michael Berg datang ke rumah salah seorang mangsa kekejaman Nazi semasa Perang Dunia ke 2. Adegan ini mengisahkan tin serbuk teh milik Hanna Schmitz (lakonan Kate Winslet). Hanna telah mewasiatkan kepada Michael Berg untuk menyerahkan sebuah tin yang mengandungi 700 locke kepada anak plainitif (mangsa perang).

Dipendekkan cerita, anak kepada mangsa perang turut mengalami penderitaan yang sama dengan ibunya. Apabila Michael menyerahkan tin tersebut kepada orang itu, lantas beliau ceritakan kepadanya bahawa masa kecil beliau ada tin itu. Dalam tin itu dia simpan duit syiling serta tiket wayang yang dibeli oleh ayahnya. Tapi tin tersebut dicuri semasa dia dalam pelarian.

Setelah mendengar cerita itu, dia menolak untuk mengambil duit itu sebaliknya mengambil tin itu. Duit itu diambil oleh Michael Berg untuk disumbangkan kepada organisasi untuk buta huruf.
Baginya tin itu lebih bersifat sentimental dan dia meletakkan benda tersebut di meja solek.

Bila aku tengok dia punya tin, teringat aku tentang kisah barang sentimental yang aku ada. Mungkin ada lagi atau sudah tidak kelihatan lagi.

Pertama - mug 'Brother of the Year' 2003. Semasa di penghujung semester persekolahan tahun 2003, budak-budak junior di asrama telah diarahkan untuk mengundi dan memberi anugerah kepada senior tingkatan lima iaitu kami. Kalau 'Abang Alim' dapatlah sebuah kitab agama, kalau 'Abang Misteri' dapat hadiah kapal dalam botol kaca, 'Abang Macho' dapat hadiah sikat dan lain - lain lagi. Setelah semua anugerah telah diberi, tinggal anugerah ' Brother of The Year'. Macam dalam majlis - and awards goes to - AKU!!! Tidak sangka aku menang anugerah tu. Dan hadiahnya ringkas, sebuah mug minuman.

Setelah aku habis SPM dan tamat zaman persekolahan aku, mug itu jadi tempat letak segala pen, pensil, pemadam dan pembaris. Kekadang syiling menjadi penumpang dalam mug. Sesak - sesak aku boleh korek duit untuk tampung belanja minum. Kekadang syiling yang beringgit-ringgit dikorek oleh orang lain. Ketika aku di UiTM, aku masih bawa mug tersebut dan letakkannya di studio. Bagi aku, mug tu seolah memberi aku seribu satu perkara. Mug tu mengingatkan aku untuk jadi yang terbaik. Kalau tiada mug tu, mungkin aku tak menyerlah dan dikenali budak-budak studio aku.

Sekarang, mug itu tidak kelihatan lagi kelibatnya depan mata aku. Rasa tangkap syahdu pula. Aku harap mug tu masih dalam simpanan aku. Memang sentimental. Segala kisah hidup aku sepanjang 6 tahun ada bersama mug 'Brother of The Year'.

Kedua - dompet aku. Bagi aku, inilah barang yang rasa tidak sampai hati nak tukar yang baru. Bukan kedekut tapi sebagai tanda penghargaan aku kepada mak aku.

Dompet yang aku pakai sekarang mengingatkan pasal mak aku pergi Umrah pada pertengahan 2006. Masa itu tok aku nak bawa anak-anaknya (Mak Cak, Pak Ngah dan mak aku) pergi Umrah. Mak aku cakap, dia terpaksa gadai barang emas sebab duit tidak cukup untuk belanja di Tanah Suci. Bukan itu saja, dari buat pasport sampai kelas pengajian haji, mak aku pergi selesaikan seorang diri tanpa menyusahkan orang lain. Kalau ikutkan aku nak buat kerja part time masa cuti semester sebab nak tolong mak aku tapi tidak kesampaian. Aku terlibat dengan aktiviti SUKSIS. Malah, masa mak aku nak bertolak pun aku terpaksa jaga rumah dengan adik-adik aku.

Tapi aku rasa bersyukur sebab akulah orang yang pertama dikalangan anak beranak dia dapat jumpa dulu selepas dia sampai. Masa itu, aku ada di UiTM Shah Alam sebab terlibat untuk pelancaran Kor SUKSIS IPTA. Walaupun tidak dapat jemput di KLIA, aku rasa seronok dan terharu sebab jumpa mak aku. Bila mak nampak aku, aku salam dia dan dia cium pipi. Rasa sebak masa itu. Lepas aku jumpa yang lain, mak bawa aku dan bagi barang yang dia beli masa di Tanah Suci. Dompet, wang bernilai 10riyal dan kopiah. Mak aku cakap tidak tahu apa nak beli untuk aku. Tapi bagi aku, terima seadanya pasal mak aku ke sana bukan berbelanja tapi sebagai tetamu Allah. Aku pun faham mak ke sana pun bukan wang yang banyak tapi cukup sekiranya ada kecemasan nanti.

Sekiranya anda nampak dompet aku pakai sekarang, itulah pemberian mak aku. Biar buruk, koyak rabak sekalipun, aku akan terus pakai. Aku masih menghargainya pasal terkenangkan susah payah mak aku untuk menunaikan Umrah. Biarlah harga nilai dompet tidak seberapa tapi bagi aku, itulah tanda sayang dia kat aku yang tidak boleh ganti dengan wang ringgit.

Mungkin juga Allah telah memakbulkan doa dia agar aku sayang, hormat dan taat kepada dia. Sejak dia balik dari Umrah, aku rasa bertambah sayang kat mak aku.

Itulah sentimental antara aku, mug, dompet dan kenangan yang ada.

Bagaimana sentimental anda?

Sunday, March 22, 2009

Catatan Hujung Minggu (1)

Aku tidak tahu macamana nak mulakan posting aku untuk hujung minggu ini. Mungkin banyak sangat aku berfikir tetapi malas untuk menghebahkan. Cita aku asalnya hendak paparkan untuk bacaan kepada pelayar yang singgah ke blog aku. Aku jadi malas sikit. Maafkan sekiranya anda bosan menunggu catatan aku kali ini. Aku berjanji untuk menaip dan menyiarkannya.

Terima Kasih

Monday, March 16, 2009

Lunch Time Post

It is already 1.30pm. Means break time. I'm feel tired since never have enough sleep last night due overtime. Hungry, tired and exhausted - words can be describe on my current condition.

As I ride my motorbike along Chow Kit, the environment is different than I feel last night. Hustling people crossing the road illegally, car queues from bump to bump, bus honking for passenger and sound of chanting market creating the our world business is neverending. Now, I'm part of it. Part of the city, the compound and the component. It recall memories about my hometown, Penang.

When I study in Penang, the place we went for hang out is Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). So many sweet memories with the places. Even though KOMTAR not grandious as present, it still stand tall pridely with my monkey (cinta monyet) love stories.

Do you have your monkey love stories?

Aku Masih di Pejabat

Jam sudah bergerak menghampiri pukul 4 pagi. Sudah lama aku tidak lepak kat pejabat selewat macam ini. Ada banyak kerja yang menanti untuk dikejar masa pada minggu ini. Terkejar-kejar dihambat masa dan bos. Sudahlah banyak kerja tapi jari masih nak menggatal menekan papan kekunci. Mungkin otak aku dah tepu dengan kerja yang aku sejak petang semalam lagi. Boleh dimaafkan tak?

Aku bukannya apa, otak minda aku ligat berfikir macam-macam. Bila mengantuk, kadang-kadang ilham macam turun dari langit. Sebelum aku keluar lepak makan kat Pelita Jalan Ampang, sempat aku singgah blog Che Det dan Azli Shukri tengok monolog mereka yang terkini. Semuanya tentang isu semasa, PPSMI dan politik mutakhir. Sempatlah aku bagi komen yang panjang berjela. Pendapat kita, kita luahkan.

Aku dengan politik sebenarnya bukan ada apa pun. Bukan cita-cita nak jadi wakil rakyat, tapi pasal ini melibatkan kita semua. Undi kita, wang mak abah aku bayar cukai pelbagai. Sekurang-kurangnya, bila aku ambil tahu politik ini, aku pun nak jadi sebahagian daripada mereka. Maksud aku, bila sedekad berlalu, segala peristiwa yang berlalu akan terkenang kembali. Segalanya akan jadi sejarah.

Berbalik pasal aku tadi, bila aku keluar jam 3 pagi tadi terfikirlah sendirian semasa menunggang jentera aku di atas Jalan Tun Razak. Alangkah bahagianya diri aku andai tiap-tiap masa jalan selenggang macam ni. Meluncur laju melintasi Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara dan Perpustakaan Negara. Ditambah pula dengan kemegahan KLCC yang berdiri teguh menjadi latar untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Tapi sayangnya, tempoh ini hanyalah seketika. Dalam tempoh 2 jam lagi, jalan-jalan akan dipenuhi dengan deretan kenderaan yang datang dari pelusuk tempat.

Aku pun dah mengantuk. Aku mahu pulang. Kepada yang singgah baca, terima kasih.

Wednesday, March 11, 2009

Sejenak....

  • Jam dah menunjukkan pukul 5.30ptg. Sekejap lagi tamat waktu kerja aku.

  • Mata pula dah mengantuk. Maklumlah, lepas lepak minum petang di Restoran Haslam.

  • Pekena kopi o' panas dengan roti jala gulai ayam waktu hujan memang mengasyikkan.

  • Kerap pula bos aku bawa staf dia belanja sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, aku berterima kasih banyak.

  • Sambil jemari aku singgah mengetuk papan kekunci ini, telinga aku tengah melayan lagu Meet Uncle Hussain yang menang AJL - Lagu Untukmu.

  • Lagu ini masuk semacam dengan diri aku yang tengah layan jiwang. Biarlah lagu - lagu ini dapat mengurangkan rasa mengantuk.

  • Mungkin pasal aku tidur lewat pagi tadi. Kipas di bilik aku yang rosak buatkan aku susah nak tidur.

  • Kini, lagu Semalam dendangan Sean Ghazi singgah bergayut di telinga aku. Membuatkan aku teringat seseorang.

  • Siapalah yang buat aku jadi begini? Aku pun tak tahu.

  • Aku rasa kosong hari ini. Rasa sunyi semacam. Kekadang rasa gelisah terapung dalam minda aku. Huh.......

  • Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Thursday, March 5, 2009

Sejambak Mawar & Secret Admirer.....


  • Untuk kaum Hawa - pernahkan anda menerima sejambak bunga dari sesiapa? (tak kira daripada kaum Adam@lawannya)

  • Adakah anda tahu siapa pengirimnya?

  • Manakah lokasi anda menerimanya? Pejabat? Rumah? Luar? Kereta?

  • Apakah perasaan anda? Gembira? Berdebar? Meluat?

  • Mungkin anda orang yang teristimewa pada si dia yang menjadi 'Secret Admirer'. Menyimpan rasa terhadap dirimu sedangkan anda tak ketahuinya isi hatinya.

  • Bagi yang mengetahui, mungkin itulah hari yang paling indah bagi hidupnya.

  • Bagi yang sebaliknya, mungkin terasa diri sendiri terawang di luar kotak pemikiran orang lain sambil memikirkan - Siapalah yang hantaq bunga kat aku......

  • Bagi yang membencinya, destinasi terakhir - tong sampah.....menyampah aku tengok bunga......

  • Bagi 'Secret Admirer' pula, mungkin sedang fikir - Esok aku nak bagi dia coklat pulak...'

  • Apa apa pun kepada 'Secret Admirer' teruskanlah membuatkan si dia berteka-teki atau siap sedia untuk 'Bertepuk Sebelah Tangan'......
Baijat : Teruskan mendengar dan melayan lagu 'Sekuntum Mawar Sebuah Puisi' - Alleycats