Pukul 1.03 pagi......
Aku masih berteleku depan monitor PC pejabat aku. Badan sudah terasa kepenatan tetapi tanggungjawab masih harus dipikul. Aku sebenarnya tidak berminat dengan kerja yang sedang aku lakukan. Aku lebih suka design, conteng, keluar idea berbanding menulis laporan. Bertambah meluat aku menengok bila hasil kerja berbulan-bulan tidak lulus oleh pihak klien. Itu yang membuat aku rasa orang paling malas di dunia bila buat menulis repot. Tapi apakan daya, dah berbulan payment sangkut (duit dah ada tapi tak sampai lagi). Harap-harap, klien lulus cepat-cepat dan selesaikan segalanya. Hasilnya duit raya menanti.
Kepada kawan aku, terima kasih sebab tanyakan hasil nukilan aku. Sejak kebelakangan ini, aku menulis bila ada idea saja. Minta maaf banyak-banyak kawan. Kalau ikutkan rugi diri sendiri sebab mengasah bakat penulisan. Sudahlah malas hendak membaca buku (aku suka baca Wikipedia), macamana minda tak berkarat. Lepas tu salahkan pihak lain bila kita sendiri tak tahu. Macam itulah terjadi sekarang, bila hendak buat matapelajaran dalam Bahasa Inggeris, semua melenting dan melatah. Ini kerana sikap orang kita sendiri yang malas mendalami bahasa ibunda masing-masing. Bila timbul sikap ini, maka tiadalah jati diri yang kukuh. Bila tiada jati diri, tiadalah semangat patriotisme atau cintakan Negara.
Bila tiada semangat patriotisme, mulalah timbul onar yang buat kacau bilau sana sini. Mencipta undang-undang sendiri, menghalalkan apa yang haram demi memenuhi kehendak nafsu.
Teringat pesan kawan aku seorang, kita kena ada jati diri yang kuat. Hidup ini berprinsip dan bermaruah. Bila dipenuhi, insyaAllah kita dihormati, disenangi dan disayangi. Jangan kerana hilang satu terasa pengakhiran seperkasa. Biar kita kekurangan jangan sampai kehilangan. Mungkin pepatah ini boleh gunapakai tapi mungkin tidak digalakkan.
Apapun Salam Jumaat daripada aku. Semoga hari ini anda berada sihat sejahtera.....