Showing posts with label Macam - macam. Show all posts
Showing posts with label Macam - macam. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

Sejambak Mawar & Secret Admirer.....


  • Untuk kaum Hawa - pernahkan anda menerima sejambak bunga dari sesiapa? (tak kira daripada kaum Adam@lawannya)

  • Adakah anda tahu siapa pengirimnya?

  • Manakah lokasi anda menerimanya? Pejabat? Rumah? Luar? Kereta?

  • Apakah perasaan anda? Gembira? Berdebar? Meluat?

  • Mungkin anda orang yang teristimewa pada si dia yang menjadi 'Secret Admirer'. Menyimpan rasa terhadap dirimu sedangkan anda tak ketahuinya isi hatinya.

  • Bagi yang mengetahui, mungkin itulah hari yang paling indah bagi hidupnya.

  • Bagi yang sebaliknya, mungkin terasa diri sendiri terawang di luar kotak pemikiran orang lain sambil memikirkan - Siapalah yang hantaq bunga kat aku......

  • Bagi yang membencinya, destinasi terakhir - tong sampah.....menyampah aku tengok bunga......

  • Bagi 'Secret Admirer' pula, mungkin sedang fikir - Esok aku nak bagi dia coklat pulak...'

  • Apa apa pun kepada 'Secret Admirer' teruskanlah membuatkan si dia berteka-teki atau siap sedia untuk 'Bertepuk Sebelah Tangan'......
Baijat : Teruskan mendengar dan melayan lagu 'Sekuntum Mawar Sebuah Puisi' - Alleycats

Thursday, February 12, 2009

SINAR PAGI.......I Follow....

  • Macam biasa setiap pagi, sambil bersiap nak pergi ke pejabat aku mesti layan mendengar siaran SINAR.FM.

  • Seronok dengar celoteh, Krill, SY & Kak Engku. Kekadang buat aku gelak sendiri dalam bilik aku.

  • Tapi pagi ini, aku dengar tentang topik berkaitan pengalaman di luar negara.

  • Antaranya, makan ais krim waktu musim sejuk di Liverpool, pengalaman naik teksi motorsikal di Batam, Indonesia dan lain-lain.

  • Lagi satu yang aku teringat, si isteri dan anak mengikut si suami pergi ke Paris kerana ada mesyuarat di sana. Katanya si isteri, anaknya akan menangis bila orang lain ganggu dia tapi masa di Paris terjadi sebaliknya.

  • Si anak pula mengganggu 'mat salleh' di sana. Macam-macam....

  • Tapi apa pun, benarlah pepatah Melayu - Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.

  • Sambil terus melayan Sinar.FM, terlintas dalam kepala otak minda aku - Bila aku nak travel oversea lagi?

  • Aku harap mungkin hujung tahun ini aku nak pi bercuti lagi.

  • Teruskanlah dengar Sinar.FM. Semoga membuatkan hati anda sentiasa ceria bila masuk pejabat.

Friday, February 6, 2009

Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil



  • Aku mula mengenali lagu tentang Zubir Ali pada satu awal pagi lepas tengok berita Nightline TV3.

  • Ada satu rancangan tunjukkan video klip ini. Memang puitis lagu puisi ini.

  • Aku pada mulanya tidak faham lagu ini ditujukan untuk siapa.

  • Bila aku cari balik, lagu ini mengenai kesengsaraan rakyat Palestin akibat perbuatan kejam Yahudi.

  • Tidak salah andainya lagu ini mengingatkan kita semua tentang penderitaan Palestin yang tidak berdosa.