Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, October 8, 2017

Deactivate Facebook & Instagram


Jarang juga aku berblogging. Tapi ini post pertama aku dalam tahun 2017. 

Hari ini dah masuk 8hb Oktober. Tinggal lagi dua bulan nak habis tahun 2017. Cepat juga masa berlalu. 



Aku dah kerja di tempat lain. Hampir 10 bulan juga. Aku mula kerja dari 2 Januari lepas. Tempat kerja ok walau gaji tak semewah masa dekat company dulu. Tapi, dekat dengan rumah, rakan sepejabat yang 'crazy-go-lucky' dan macam-macam lagi. Kerja banyak? Itu sudah pasti. Yang pasti, tak perlu punch card, thumb print untuk monitor keluar masuk pejabat. 

24 Ogos 2017 lepas, wife aku bagitahu dia positive Pregnancy Test. Alhamdulillah, lepas 3 tahun berkahwin ada rezeki nak timang anak. Aku dapat detect isteri tak period lebih sebulan. Jadi, aku cakap pada dia suruh check. 

Kalau ikutkan hari ini dah masuk minggu ke 13 dia mengandung. 

Buat masa sekarang, aku deactivate akaun Facebook dan Instagram. Nak rehatkan minda dari dunia media sosial. Cuma akaun Twitter saja masih aktif. Hampir 4 minggu tanpa FB dan IG. Hari terakhir aku dengan FB dan IG masa hari kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim. Kadang-kadang penat dengan media sosial. Tengok macam-macam pe'el orang. Walaupun jadi macam orang terputus hubungan dengan dunia luar, sekurang-kurangnya tak membebankan otak. Kalau tak sikit-sikit nak post, sikit-sikit nak share. Bila tak dapat banyak share, kita jadi rasa kecewa sebab ingatkan post benda-benda yang best. Last-last jadi syok sendiri.

Bila kita deactivate Facebook dengan IG, kita akan sedar berapa ramai yang ambil tahu pasal diri kita. Sebenarnya hampir tiada yang ambil kisah hidup yang dikongsikan dalam media sosial melainkan ahli keluarga dan saudara-mara saja yang nak tahu. Jangan harap semua orang dalam Facebook akan ambil tahu pasal diri kita kerana masing-masing pun ada kehidupan yang perlu dijaga.

Ok la untuk post kali ni. Kalau ada mood nak post, aku akan taip dalam blog lagi.

Wednesday, February 11, 2009

Aci - aci Buka Pintu....

  • Esok, berakhirlah cuti 4 hari aku. Maka bermula kembali hari bekerja aku untuk minggu ini.

  • Model 3D aku yang tak sudah-sudah kena siapkan. Banyak benda lagi nak kena menjawab.

  • Aku harap hari Rabu ni, aku dapat bagi tumpuan sebaik mungkin.

  • Terasa tak sabar nak masuk ofis dengan semangat baru. Maklumlah dah cuti panjang.

  • Memang rasa tak puas bila dapat balik kampung pasal tak dapat melekat lama-lama dalam rumah.
  • Manakan tidak, malam saja mesti tak melekat kat rumah. Mesti keluar lepak dengan Hanis.
    Tak cukup dengan itu, pergi K.A.R.A.O.K.E. Kalau takda 4 lagu, mesti tak sah.

  • Habis karaoke, sambung lepak minum lagi. Paling cepat balik rumah dalam pukul satu.

  • Kalau kat KL, aku tidak kisah nak balik waktu bila pun tak apa. Tapi bila aku balik Penang, aku ambil kisah pasal hal.

  • Aku ambil kisah pasal aku kesian kat mak aku. Kekadang dia telefon aku ada kat mana, bila nak balik.

  • Kekadang dia pula tunggu aku untuk bukakan pintu. Aku pula jadi serba salah.

  • Memang setakat ini depa tak kisah sangat aku keluar mana pun. Lagipun, depa tau aku keluar dengan Hanis.

  • Tapi kalau aku tak ada dengan depa apa yang akan depa cakap pasal hal ini.

  • Aku kesian depa pasal benda ini tapi takkan aku nak marah kawan-kawan pasal ini.

  • Silap haribulan hilang@putus kawan.

  • Aku jadi serba salah.

  • Aku cuba elakkan benda ni daripada terjadi lagi. Kalau nak keluar pun sebelum tengah malam ada kat rumah. Jadi macam Cinderella.

  • Kalau member-member aku yang terbaca dan terguris hati pasal benda ini, aku minta maaf. Antara Penang dan Kuala Lumpur, ada perbezaanya.

Baijat : Bangganya dapat nyanyi lagu Alleycats - Tangga-tangga pintu bahagia dengan sepenuh hati. Terima kasih Abe, Hanis dan Fuad kerana 'memilih' lagu ini untuk aku.

Thursday, February 5, 2009

Mengantuk.....



  1. Jam baru pukul 2.20 petang. Tapi mata aku rasa mengantuk.

  2. Biasalah, lepas makan tengahari. Nak kata makan banyak, tidak juga.

  3. Mungkin ada Ajinomoto dalam lauk yang aku makan. Berapa banyak sudu dimasukkan aku tidak tahu.

  4. Rasa nak tidur tapi tidak sempat sebab lewat makan tengahari.

  5. Akhirnya aku baring sebentar untuk puaskan mata aku. Maklumlah, hari-hari mengadap desktop.

  6. Ada bagusnya juga petang ni aku turun padang. Main ragbi, keluar peluh dan lupakan segala tekanan yang mengelilingi hidup aku.

  7. Secara peribadi aku mengakui, bersukan dapat menenangkan fikiran.

  8. Bangun pagi, pergi kerja dari pukul 8pagi sampai 6petang, turun padang sampai senja, lepak, minum dan sembang di warung Pak Din (Padang Merbok) sampai pukul 9malam, balik rumah, santai dan tidur.

  9. Kekadang tidak sedar dah masuk hujung bulan rupanya.

  10. Apa apapun ku harap hujan tidak turun membasahi Padang Merbok.

  11. Kalau turun sekalipun biarlah tidak selebatnya.

  12. Hujan itu rahmat Allah. Jangan kita menafikan.

  13. Akhirnya, hilang jua mengantuk aku ni. Mari sambung kerja semula.

Wednesday, February 4, 2009

ALLEYCATS....


  • Aku tidak tahu bila aku mula minat dengar lagu Alleycats. Mungkin sejak sekolah menengah. Itupun, lagu Hingga Akhir Nanti.

  • Aku mula mengenali kumpulan Alleycats sejak sekolah rendah. Dulu, kat TV1 selalu mainkan video klip lagu 'Berita Dari Rantau'. Bila aku tengok video klip terbayang pantai yang dulu indah permai kini kawasan paya bakau.

  • Kisah minat aku kepada Alleycats bermula selepas SPM bila pada satu hari aku geledah tool kit kereta Kancil abah aku (sekarang jadi kereta aku). Aku terjumpa kaset Alleycats - Kuching (1981).

  • Sejak terjumpa kaset tersebut, berulang-ulang kali aku mainkan bersama radio yang aku dihadiahkan semasa bekerja di KFC.

  • Bila aku masuk UiTM, kaset Alleycats bersama radio aku menjadi teman kesunyian aku bila di studio.

  • Teringat kaset tu sentiasa ada dalam tool box studio aku.

  • Aku tidak pasti samada kaset masih ada lagi atau tidak. Maklumlah barang antik.

  • Maklumlah mungkin kaset tu kepunyaan abah aku.

  • Tapi aku sekarang sudah mempunyai koleksi mp3 lagu Alleycats. Kalau tidak silap, hampir 50 buah lagu.

  • Minat betul aku dengan Alleycats.

  • Kalau pergi karaoke pun, lagu Alleycats akan jadi lagu wajib untuk aku nyanyikan.

  • Kekadang ada orang tanya kepada aku - mengapa minat kumpulan Alleycats?

  • Senang sahaja aku cakap - liriknya senang difahami kerana ringkas, music arrangement sesuai dengan lagunya dan trademark mereka sendiri.

  • Alunan suara, gaya rambut Afro David dan Loga Arumugam serta 'Terima Kasih' telah menjadi suatu identiti yang berjaya.

  • Tidak aku sangka, mereka sudah berada di persada seni tempatan lebih 4 dekad.

  • Mereka antara artis berkumpulan bukan Melayu yang berjaya menambat hati pendengar lagu berbahasa Melayu.

  • Bagi aku, mereka sesuai menjadi ikon muzik Malaysia yang sebenar.

  • Semoga mereka dapat terus menghiburkan aku dengan alunan lagu yang menyentuh perasaan jiwa aku.

  • Terima Kaseeeeey......

Thursday, January 29, 2009

TANGGA - TANGGA KE PINTU BAHAGIA.....

- Aku sampai pejabat awal pagi ini. Alhamdulillah, jalan tak sesak pagi ini.

- Maklumlah, sesetengah masih bercuti Tahun Baru Cina (Imlek).

- Dalam kepala, terawang-awangan kata-kata semangat......

- Semoga Hari Ini Lebih Daripada Semalam

- Bekerjalah Seolah-olah Kamu Akan Hidup Seribu Tahun Lagi dan Beribadat Seolah-olah Kamu Akan Mati Esok Hari

- Kata-kata semangat itu diselangi dengan ngiangan suara David dan Loga Arumugam (Alleycats).

- Lagu seperti Tangga - Tangga Ke Pintu Bahagia, Layar Kehidupan serta Tiap Yang Mula memberi motivasi kepada aku pagi ini.

- Semoga hari ini aku dapat bekerja dengan lancar.

Wednesday, January 7, 2009

2nd day in the office for year 2009 ......

Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja dalam tahun 2009. Setelah hampir 10 hari tidak mengadap PC kat pejabat, akhirnya aku kembali ke dunia kerja aku. Lepas balik kampung dan kemudiannya ke Johor Bahru, aku rasa sedikit refreshment dalam diriku. Dua kali tahun baru, tapi azam aku tetap sama..... memperbaiki diri sendiri. Berkaitan azam itu, sukacitanya ada satu alkisah. Selepas makan tengahari, aku melintasi sebuah kedai buku berdekatan pejabat Harakah & 7 Eleven kat Jalan Pahang Barat, aku nampak satu sun blocker yang tergantung berbunyi begini :

" Semoga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam"

InsyaAllah Semoga Dimakbulkan oleh Allah S.W.T.