Showing posts with label Bogor. Show all posts
Showing posts with label Bogor. Show all posts

Wednesday, January 28, 2009

Jalan - Jalan di Jakarta, Bogor dan Bandung (2)

- Dari Jakarta, selepas offboard di Soekarno Hatta Airport dengan tanpa hentinya terus ke Bogor.

- Bumi Jakarta dibasahi dengan sirami hujan. Terasa nyaman sekali. Nyata tiada beda antara negara kita dengan jiran kita.

- Menurut pak Azwanto (tourist guide), kebiasaannya sekiranya di Jakarta turun hujan, maka di Bogor sebaliknya pada masa yang sama.

- Jarak perjalanan dari Jakarta ke Bogor sejauh 60km.

- Andaian aku jaraknya sama seperti Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang. Tapi aku terasa jarak perjalanan lebih jauh dari asal. Seperti dari KL ke Tanjung Malim.

- Sayangnya tidak banyak gambar dapat diambil dek hujan. Ditambah pula keletihan menemani kami sepanjang perjalanan ke sana.

- Biarpun dihubungi dengan sebatang lebuhraya, ia tidak sesempurna di Malaysia.

- Di sana, banyak model import kenderaan yang sama di Malaysia. Cuma bezanya namanya sahaja. Contohnya, kalau di Malaysia terkenal dengan Toyota Avanza tetapi di sana terkenal dengan Toyota Kijang.


- Tapi sayangnya, kereta nasional sukar sekali untuk dilihat diatas jalanraya sana. Biarpun hanya berjiran. Katanya, harganya tinggi berbanding model lain. Patutlah pihak Pakatan Rakyat menggunakan model Toyota sebagai kenderaan rasmi negeri.

- Sampai di sana, terus kami ke Kebun Raya Bogor (sama seperti Penang Botanical Gardens atau Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Yang menariknya, dalam kawasan Kebun Raya Bogor, banyak rusa bebas berkeliaran di halaman Istana Presiden (Summer Palace).

- Pada asalnya, Kota Bogor adalah bawah jajahan British sebelum diambil alih Belanda. Maka, tidak hairanlah rekabentuk taman serta senibina yang terdapat dalam kawasan Kebun Raya ini mempunyai ciri - ciri pengaruh kolonial.


- Selepas bersiar dan mengambil gambar di Kebun Raya Bogor, pada asalnya ingin menunaikan solat Jumaat di dalam Bogor. Tetapi memandangkan semua dalam keadaan tidak memuaskan maka ditukarkan kepada niat solat Jama'.

- Kami meneruskan perjalanan ke rumah makan (restoran) yang terletak kira-kira 15km dari Bogor. Lokasinya berdekatan dengan Puncak.

- Kami makan di Waroeng Gumati. Rumah makan ini menyajikan masakan Sunda.


- Antara set yang patut di cuba, Nasi Timbel.

- Nasi Timbel disajikan dengan dibalut dengan daun pisang. Kuahnya asam pedas berbeza dengan asam pedas di Malaysia. Asam pedasnya berisi kangkung, kacang-kacang serta jagung.

- Sayangnya, kuahnya tidak membuka selera aku. Kerana aku lebih suka makanan yang berkuah.


- Tapi yang menariknya sejenis minuman 'Bandrek Kelapa'. Ada isi kelapa, campuran halia serta madu. Baik untuk memanaskan badan.

- Setelah selesai makan tengahari, kami pergi ke destinasi seterusnya, Tajur.

- Tajur di sini terkenal dengan F.O. (factory outlet) terutama barangan berasas kulit. Jangan terkejut andainya barangan kulit di sana lebih murah berbanding di KL.

- Di atas kemurahan itu, aku membeli sebuah beg sandang yang berharga kira-kira Rp75000 = RM24.00. Kalau di Chow Kit atau Danau Kota pun, harganya lebih kurang RM38 - RM40.

- Setelah habis singgah di Tajur, kami masuk semula ke Kota Bogor. Sepanjang perjalanan yang pendek jaraknya tapi memakan masa, banyak perkara dapat aku lihat.

- Bangunan di tepi lurah, warung makan, full face helmet, helmet kecil dan cewek2 Sunda yang putih cerah kulitnya - membuatkan Kota Bogor tidak pernah sepi dengan kesibukan warganya yang mencari rezeki.

- Setelah itu, kami singgah sebentar di wet market yang terletak Kota Bogor. Begitu sibuknya dengan deretan peniaga, penjual jalanan, bunyi bising kenderaan yang melalui kawasan itu.

- Harga buah - buahan di situ agak murah. Durian, rambutan serta avokado banyak terdapat di situ.


- Persinggahan kami hanya seketika. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta, meninggalkan kota yang dikenali sebagai 'Kota Seribu Angkotan' atau 'Kota Hujan'.




Jalan - Jalan di Jakarta, Bogor dan Bandung (1)



- Dah lebih seminggu aku tidak menaip ke dalam blog aku. Mungkin sibuk dengan kerja.

- Maklumlah, klien pun dah lama menunggu, kenalah cepat.

- Dalam kesibukan, hari minggu yang serba sibuk terpaksalah diabaikan sebentar kerana lawatan makan angin ke Jawa Barat sudah lama diatur terlebih dahulu.

- Bagi aku, ok lah dapat makan angin sebab sudah lama tidak pergi ke mana - mana. Melainkan kalau ofis suruh outstation atas urusan rasmi.

- Banyak benda dapat aku alami dan rasai semasa di seberang sana. Membuatkan aku berfikir.

- Ada perbedaan dan ada juga persamaan dengan kita.

- Maklumlah, serumpun dan seirama.

- Aku ingatkan di Jakarta tiada kesesakan trafik. Tapi aku silap....Jakarta 3 kali lebih teruk dari Kuala Lumpur. Malah, kotanya lagi besar dari KL.

- Environment di Jakarta kurang terurus berbanding di Kuala Lumpur.

- Sistem saliran tidak sistematik, setinggan di tepi landasan, masjid & musholla (surau) yang saling berdekatan - itulah keadaan fizikal di kota Jakarta secara am dan rambang.

- Bangunan pencakar langit di Jakarta tidak kurang menariknya, rekabentuknya agak menarik, kontemporari serta moden. Mungkin banyak bangunan didirikan era abad baru.

- Yang menariknya lagi, setiap tempat yang kami pergi mesti ada parking attendant. Tugasnya bukan membantu pemandu sahaja bila nak parking tapi akan jadi 'warden trafik' secara tak rasmi. Itulah satu bidang pekerjaan mereka.

- Dengan kerja itu, sekali sebuah kereta keluar masuk mereka boleh dapat Rp5000. Bayangkan andaikata dalam sehari hampir 50 - 60 buah kereta keluar masuk.

- Bagi kita, Rp5000 yang bersamaan kira - kira RM1.60 hanya nilai yang kecil. Bagi mereka, nilai itu cukup besar.

- Selain itu, apa yang boleh kita tengok dan praktik adalah 3 orang untuk satu kereta. Untuk masuk ke kota, dalam kereta itu perlu berpenumpang sekurang-kurangnya 3 orang termasuk pemandu.

- Jika tidak, sebuah kereta kena bayar tol yang lebih tinggi.

- Maka, berbaris-barislah para warga kota yang tidak berkenderaan menunggu kereta untuk ditumpang.

- Selain itu, sistem aliran pergerakan kenderaan pun diadakan. Kenderaan tidak boleh bertukar lorong sesuka hati semasa di atas jalan tol (lebuhraya). Kalau tidak pak polisi akan menahan kenderaan dan terus saman.

- Boleh dikatakan bagus sedikit sistem aliran trafik di Jakarta kerana kenderaan sentiasa bergerak. Tidak seperti di Malaysia, bergerak seinci pastu berhenti.

- Cuba bayangkan andainya sistem dipraktikkan di Kuala Lumpur....
Mesti ada rungutan dan sungutan dari semua pihak. Tapi itulah penyelesaian terbaik.