![]() |
| Aku benci bila letak gambar dalam blog kemudian lama-lama hilang dalam posting. |
Cerita aku dengan Udenkt memang banyak kenangan. Bapa Udenkt dulu kerja BPR Selangor, pejabatnya di Kompleks PKNS Shah Alam. Sebab itu kawan pertama yang aku kenal di UiTM, awal permulaan memang akan bergerak bersama ke sana ke mari. Kami juga sama-sama terjebak ikut serta Kor SUKSIS.
Masa duduk Kolej Perindu, kami duduk sebilik masa Semester 1. Kemudian masuk semester 2, pun sebilik masa pindah ke Kolej Teratai. Masuk Kor SUKSIS, kami dapat kemudahan penginapan.
Lama juga aku tak jumpa dengan dia lepas itu. Lepas dia sangkut, dia pernah bekerja dengan member senior yang buka perniagaan menjual makanan.
Aku terjumpa dengan dia kembali masa tahun Julai 2010. Kami berjumpa di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Masa tu Udenkt mengiringi jenazah Allahyarham Sarjan Mejar Yunus, salah seorang jurulatih Kor SUKSIS. Sebelum berpindah ke Kor SUKSIS, arwah bertugas di Bahagian Tatatertib IPK Selangor. Udenkt merupakan orang yang terakhir berjumpa arwah di pejabat. Ketika itu, mereka sedang bersembang di dalam bilik SM Yunus. Tiba-tiba, arwah terus tidak sedarkan diri. Udenkt cuba mengejutkan arwah tapi tiada respons.
Pada malam pengebumian arwah, aku hanya sempat bersalaman dan bersembang panjang kerana Udenkt mengiringi balu SM Yunus bersama kembali ke rumah.
Banyak lagi cerita aku dengan Udenkt sebenarnya. Masa nak pergi Putrajaya dengan dia, kereta Kancil aku overheat. Sebulan lebih aku takde kereta untuk pergi ke mana-mana. Ketika itu aku masih menetap di Kampung Lembah Melewar KL.
Aku rasa Udenkt boleh jadi contoh orang yang pernah gagal dan bangkit kembali. Sekali dia bangkit, dia lebih baik daripada orang yang lain. Dah ada Master sekarang tengah sambung PhD. Tabik hormat sama dia.
Aku pernah terdengar pesan seorang pensyarah aku. Ada ijazah yang kita gapai tak semestinya akan kerja dengan kelulusan yang kita dapat.
Biarlah cerita aku dengan dia tersemat di sini. Biar satu masa nanti, kalau ada orang Google nama Ab Mughni Ab Rahim orang akan tahu ada manusia hebat pernah wujud depan seperti dia dalam kehidupan aku.
